07 March 2013

Popia Kentang.



Mai sini saya nak share sikit pasal saya. Sebab ramai yang bertanya atau tertanya-tanya apa status saya ni sebenarnya. Kenapa asyik post gambar makanan saja. Saya sebenarnya sedang menunggu keputusan STPM yang akan diumumkan pada bila-bila masa dalam bulan ini. Saya juga bukanlah seorang pelajar jurusan kulinari seperti yang Kak Aini sangka ;)


InsyaAllah kalau ada rezeki, saya akan menyambung pengajian pada bulan September. Jadi, selama berada di rumah, saya habiskan masa dengan memasak. Saya suka memasak dan anda perlu tahu itu *giggles* :p


Tapi saya malas basuh segala peralatan dan campakkan saja dalam sinki oh itu tidak bagus.








Bahan-bahan :


Kulit popia secukupnya
5 biji kentang - dibuang kulit, direbus dan dilecek halus
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 biji bawang putih - dicincang halus
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh lada putih 
Minyak masak untuk mengoreng
1 sudu tepung yang dicampur sedikit air (untuk melekatkan hujung popia)




Cara-cara : 

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih, lada hitam dan sedikit garam. Masukkan kentang lecek. Gaul rata dan tutup api.
  2. Sediakan kulit popia, isikan inti ditengahnya, gulung kemas dan 'gamkan' dihujungnya.
  3. Goreng dengan api sederhana panas hingga perang keemasan. Goreng kejap ja tau sebab sat ja dia bertukar warna ada jugak yang saya goreng terhangit sikit (T_T)
  4. Boleh makan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili Thai (macam saya) atau apa jenis sos sekalipun.



18 comments:

Nana said...

ha'ah. lately alia mmg asyik post gmbar mkanan ja. sengaja kn buat org lapar? :p
dah mcn blog makanan hikhik!

Nur Nainis said...

Hehe..itulah akak pun tertanya tanya Alia buat apa..Ooo..keluar bulan ni kan..InsyaAllah..pasti dapat result yang cemerlang tu. Amin Ya Rabbal Alamin. Sedapnya, rajin, baguslah Alia. Gambar popia tu nampak sedap, kemas, comel,dan cantik..

cydayf said...

Hahaha..samalaa mcm akk..suka memasak tp mls nk cuci blk periuk semua tu.sampai buat perjanjian dgn mak.. Akk msk mak cuci pinggan.. Well popia itu sgt mggoda tau...

♥ Nana BamBam ♥ said...

sedapnyee..hantar 100 pcs kat akak boley? huhu

Faridzuan said...

Wah, popia kentang! Sedap resipi ni. Yum yum! :D

Chic Na said...

wahhh rajinnya dia masak. pandai lak tu. ;)

Maria Menado~ said...

ya allah, lapa akak.... sedapnyaaaaaa~

lama xmkn popia....... ummm.

Unknown said...

yess dear akak org kulim..adik dk kulim kat mn tue??..done follow sini ye.

sedapnya popia tu..

My Little Diary said...

sedap tu....
:)
semoga impian utk menyambung pelajaran tercapai

aina izati said...

Popia kentang ;D

Ehem,semoga akak dapat keputusan yang cemerlang dalam STPM. Aamiin ;')

Unknown said...

jap nak usha muka..akak pon dk taman kenari..:)

Yuyu Johanna said...

ops! kak yuyu terus rasa lapar bila tengok gambar popia yang sedap sedap ni.. nyum nyum!

Mrs Velentine said...

sedap kak MV suka

Nik said...

sedapnyer.lama dah tak makan ni.

Unknown said...

tunggu STPM ye... baru tahu...

sedapnya popia tu...

Unknown said...

terliur dah ni...hehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum Alia, comelnya popia! hehehe. akak suka tengok Alia masak ni. menyelerakan sangat. presentation mantap tahap tak hengat ;p

Anonymous said...

TQ FOR UR SHARING ,