26 May 2013

Garlic Bread + Mushroom Soup.






Itu hari, saya sembang dengan Cik Ghah pasal makanan apa yang best dimakan waktu hujan selain megi kari dan biskut patsegi cicah milo suam. Tahu lah kan, bila sembang bab makan, kita cakap sikit ja tapi dia punya senarai makanan pula yang melebih-lebih.


Terus dia cakap mushroom soup. Kalau digandingkan dengan garlic bread pulak. Fuuhh T_T


-----


Bila singgah Giant lepas balik dari kenduri tadi, terus beli bahan-bahan untuk buat mushroom soup dengan garlic bread. Tak susah pun nak dapatkan semua bahan-bahan. Cara untuk sediakannya pun mudah. Mudah sangat sampai orang malas pun boleh cuba buat. 


Rasanya memang seakan-akan mushroom soup di Pizza Hut. Banyak komen orang yang dah cuba resepi ni cakap macam tu. Apa lagi, terus semangat lah nak cuba kan ;)



Garlic Bread / Garlic Stick


Yang ni paling senang nak sediakan. Rasa nak menangis sebab senang sangat cara buat garlic bread yang kita dapat 4 ketul sebelum makan pizza dia Pizza Hut tu. Bila dah buat sendiri, makanlah sampai puas dan gemuk.




Roti Perancis yang dipotong dan disapu dengan garlic spread. Bakar dalam oven sehingga keperangan. Boleh dinikmati bersama mushroom soup. Roti Perancis tu saya beli dekat Giant. Ya, yang panjang tu. Harganya cuma 99 sen. Sila wow ramai-ramai.







Mushroom soup.


  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar (susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil-kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara
  1. Potong ayam kecil-kecil. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
  2. Masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom.
  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
  4. Tambah perisa, garam dan ajinomoto.
  5. Siap untuk dihidang.

Mula-mula memang nak beli yang dah siap dalam tin atau peket, balik rumah cuma perlu panaskan. Tapi rasa macam tak macho pulak buat macam tu. Aherher.







17 comments:

cikghah said...

itu rajin sangat kak alia. kalau Ghah beli instant mushroom soup je. haha.

tapi kalau rajin nanti nak try la. rajin bila dah ada lelaki bernama suami kot. ehh?

Unknown said...

wah..mushroom with garlic bread..mmg terbaik.. ^^ nak request recipe bole? haha..

Liyana Lunia. said...

sedappnya tapi nasib baik kita dah makan. fuhhh!

aina izati said...

Huiyooo,macam buat dekat kedai tuee. Hebat lah kak Alia nie ;)
Mesti kak Alia pun nangis jugak kan sebab senang sangat nk bt garlic bread nie kan :(

Annyss Aleeya said...

waa. simple je cara nak buat. :)

NinaAz said...

Kreatif dan berseni pic tu. Hihi
Nina suka mkn sekut mayat cicah kopi panas. Fuhhh. Sedapppp

Unknown said...

Ya Allah, terliur !
Tak kira, nak try jugak nanti :D

Fazleyatul Aini said...

rajinnya buat mushroom soup. saya beli yang instant je hehehe

Rin Saharina said...

heeee, gewam ngn dak comel ni. pndai sgt masak2 tau =)

Nur Najihah said...

mouthwatering gila tgk...haih, ni yg lapaq ni..:)

| CIKZEK | said...

K k k. Sje jek kan nk ksik melelehhh T______T

Anonymous said...

oh garlic bread leh wat sndiri ea?? huhuhu... terbaek...

Gdsbnga said...

ahhh sedapnyaaaaaaa T.T

Anonymous said...

sedapnyaaa. dh lama tk makan mushrooms soup x)

ANISRAHIM said...

huaaaa lawa gambar! sy suke shoot gamabr makanan tp x berkesempatan sbb xde org rajin :(

Unknown said...

sdap jgk nih..waaa

Nik said...

lawa sgt gambar nyer. yg ni pun feveret akak jugak

jeles la tgk gambar2 semua cantik2.