08 June 2013

Spaghetti Bebola Ayam.



Cerita dia sekarang ni, dekat rumah banyak betul stok spaghetti. Entah siapa nak makan. Eleh padahal kalau ada yang masak, habis jugak. Macam saya.


Selama ni memang dah selalu sangat buat spaghetti tapi guna sos Prego saja. Hari ini, berbekalkan sedikit kerajinan saya cuba buat sos sendiri. Dah tu lepas siap masak, cecepat telefon Muhammad Adzeem sebab give up tak reti nak setting kamera bagi gambar lawa T_T Kena ceramah puuuuunya panjang lepastu baru beliau bagitau guna aperture berapa, ISO berapa, shutter speed berapa. Pasal dah dua tahun pakai DSLR tapi skill ambil gambar masih tak improve. Ish ish.


I iz sad.






Resepi asal dari CMG, tapi saya ubah ikut bahan yang ada dekat rumah, dan selera tekak yang nak makan hihi :)


BAHAN-BAHAN UNTUK BEBOLA DAGING AYAM :
  • 2 keping daging burger, biarkan lembut - Saya guna jenama Ayamas
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar


BAHAN-BAHAN UNTUK SOS :
  • 1 tin tomato plum (jenis dalam tin, sebarang jenama), diramas hancur
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 biji bawang holland, didadu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 helai bay leaf
  • 3/4 camca besar herba oregano kering (dalam botol)
  • Lada hitam yang baru dikisar secukup rasa (dalam 1 camca teh)
  • 1 kiub ayam
  • Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN LAIN :
  • 250 gram spaghetti yang belum direbus
  • Lada hitam yang baru dikisar (extra)
  • Minyak zaitun untuk menumis







Cara membuatnya :


UNTUK SPAGHETTI :

Rebus spaghetti dalam air mendidih yang ditambah sedikit minyak zaitun hingga lembut atau ikut arahan pada paket spaghetti. Toskan.

Alamak comelnya bagitau cara nak rebus spaghetti.






UNTUK BEBOLA DAGING AYAM :- 

Masukkan daging burger ayam ke dalam mangkuk, tambah semua bahan-bahan lain untuk bebola ayam dan gaul hingga rata. Kemudian bentukkan menjadi bebola yang sama saiz. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan, goreng bebola tadi sambil dibalik-balikkan hingga perang, guna api sederhana. Angkat dan ketepikan.





UNTUK SOS SPAGHETTI :

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland, bay leaf dan bawang putih hingga harum dan layu.
  2. Masukkan tomato plum yang diramas tadi. Kacau rata dan biar mendidih. 
  3. Masukkan bebola ayam dan kiub ayam (hancurkan). 
  4. Tambah sos tomato. Kacau rata dan masak sekejap.
  5. Tambah lada hitam dan herba oregano. Kacau rata dan biar pekat sedikit. Perasakan dengan garam (rasa dulu sebelum anda letak garam) dan sedikit gula. 
  6. Masak sekejap hingga pekat sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api.






14 comments:

adzeem mahadzir said...

WOW!! -> photographer wannabe kelas bawahan ketiga

NinaAz said...

Waaa. Buat sos sendiri mesti bestkn. Nmpk cm sedap jeaaa. Nina selalu guna prego jer. Hiii

NinaAz said...

Cantik gambar. Guna kamera apa. Hikhik

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

subhanaAllah!! sedapnyaaaaaaaaaaaaaa... dah lama ena tak masaka spagetti.. nk buat lah esok.. huuuuuuu

gdsbnga said...

kenapa pandai sangat masak ni. ish ish jelesss !

♥ Nana BamBam ♥ said...

ok, ada masa dan rezeki lebih, kak nana cuba..

nyum nyummmm


p/s : nice page for 'belajar memasak'
gambar2 semua terliur di buatnyaa..

#thumbup :)

Alia Laila said...

Muhammad Adzeem ni gedik tau komen macam tu. Ish.

teha said...

oke , sila pos dekat sini sikit.. hahahha !

Maria Menado~ said...

masok blog alia je, akak lapar.

sedapnyala.. akak jenis tekak tak berapa in dengan spagetti ni tapi.. tgk alia masak... rasa macam lapar.

eh? ke memang akak lapar sekaran. hehehe...

PuanZaniff said...

lom pnh try nih..sdapnyaa

AtiqahJasrizal said...

sedapnya, bleh try lpas ni...
follow me :), baru berjinak2 atiqahjasrizal2309.blogspot.com

nik ros said...

alahai sedapnya ..feveret akak ni.hehe

Shaqir Ir Manz said...

wah...nyum3~ tak reti nk buat, ada tak yg sedia nk bagi rasa skit...ahahaha

kyo_9 said...

resepi sendiri ke?
dahsyat!