26 June 2013

Lasagna





Semalam saya buat lasagna. Pertama kali buat dan makan. Syabas ! Sebab selama ni rasa macam alamak macam susah ja nak  buat sebab berlapis-lapis.


Resepi diambil dari My Resepi kiriman Nihadriz. Tapi saya ada olah sikit ikut bahan yang ada di dapur. Sedap ! Tapi makan sepotong dua boleh lah sebab agak muak u_u
Mungkin sebab kombinasi cheese dan susu untuk white sauce yang buat kita rasa gitu. Mudah sebenarnya cara penyediaan lasagna ni. Masa pun tak lama sangat nak buat :D





KUAH DAGING / INTI

Bahan-bahan ( 6 orang ) :

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery - Saya tak letak
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu) - Saya tak letak sebab mak guna habis masa buat gulai T_T
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
  • Capsicum merah dan hijau (dihiris)
  • Chicken cubes untuk perasa tambahan
  • Sebiji bawang holland - saya tambah


Cara penyediaan :
  1. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  3. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  4. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  5. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.






WHITE SAUCE


Bahan-bahan :
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket Cheddar cheese (115g) 
  • 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
  • Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa

Cara penyediaan :

  1. Sediakan sauce pan, panaskan.
  2. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  3. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
  4. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan sedikit garam. Kemudian padamkan api.





Bahan-bahan lain :
  • Instant lasagna - Saya guna 6 keping. 
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega

Cara penyediaan :
  1. Panaskan air hingga mendidih, campur 1 camca teh minyak masak / butter dan celur kepingan lasagna sehingga lembut. 
  2. Angkat dan rendam semula ke dalam air sejuk. Tujuan supaya taknak kepingan lasagna melekat.




Cara-cara :

  1. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang.
  2. Tuangkan sedikit kuah daging tadi dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  3. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  4. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut).




Selamat mencuba ! n_n


11 comments:

Fazleyatul Aini said...

cantiknya lasagna u. saya pernah buat 2-3 bulan lepas. tapi sebab white sauce dia macam tak cukup, so tak cheesy sangat huhu

mazni said...

sedapnyaaa TAT saye paling suka makan lasagna..tpi mcm susah je nak masak..

adzeem mahadzir said...

background setiap gambar :P

Liyana Lunia. said...

tengok gambar masakan alia ni terus meleleh saliva diatas keyboard, adakah ini petanda bakal rosak dietku? oh tuhan :')

lilieyz said...

Rajin nye adik ni. Looks delicious too.

Shaqir Ir Manz said...

sya pernah makan lasagna kt KLCC tpi muak... so mcm tak berapa suka sgt..hohoh

F. Sikder said...

Mouth watering capture. Must be taken using 18-55 f2.8? Or 50mm f1.4? O.oV

makcikkantin said...

Sedap kan lasagna...lagi lagi buat sendiri. Anak2 makcik mmg suka

4feet8 said...

yeay.. sy pun baru buat sabtu lepas..
senangkan rupanya..

Sabila Azam said...

Waaaa !!!!! Sedapnya tengok ! Gosh lapar la pulak hehehe.. Waa nanti kalau ada masa nak try la.. bestlah tgk resepi2 sume nieh.. Ngee ~~ >,<

♥ Nana BamBam ♥ said...

nyumnyummm....

nti boleh cuba..nak tabur cheese atas dia..fuhhhhh..lemakk..haha :D