Semalam saya buat lasagna. Pertama kali buat dan makan. Syabas ! Sebab selama ni rasa macam alamak macam susah ja nak buat sebab berlapis-lapis.
Resepi diambil dari My Resepi kiriman Nihadriz. Tapi saya ada olah sikit ikut bahan yang ada di dapur. Sedap ! Tapi makan sepotong dua boleh lah sebab agak muak u_u
Mungkin sebab kombinasi cheese dan susu untuk white sauce yang buat kita rasa gitu. Mudah sebenarnya cara penyediaan lasagna ni. Masa pun tak lama sangat nak buat :D
KUAH DAGING / INTI
Bahan-bahan ( 6 orang ) :
- 300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
- 1 botol prego (yang kecil)
- 2-3 batang celery - Saya tak letak
- cendawan butang (sebanyak yang suka)
- 2 biji tomato (potong dadu) - Saya tak letak sebab mak guna habis masa buat gulai T_T
- 1 biji lobak merah (dihiris halus)
- 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
- 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
- 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
- Capsicum merah dan hijau (dihiris)
- Chicken cubes untuk perasa tambahan
- Sebiji bawang holland - saya tambah
Cara penyediaan :
- Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
- Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
- Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
- Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
WHITE SAUCE
Bahan-bahan :
- 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
- 1 peket Cheddar cheese (115g)
- 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
- Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
Cara penyediaan :
- Sediakan sauce pan, panaskan.
- Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
- Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
- Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan sedikit garam. Kemudian padamkan api.
Bahan-bahan lain :
- Instant lasagna - Saya guna 6 keping.
- 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
- 2 sudu besar mentega
Cara penyediaan :
- Panaskan air hingga mendidih, campur 1 camca teh minyak masak / butter dan celur kepingan lasagna sehingga lembut.
- Angkat dan rendam semula ke dalam air sejuk. Tujuan supaya taknak kepingan lasagna melekat.
Cara-cara :
- Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang.
- Tuangkan sedikit kuah daging tadi dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
- Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
- Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut).
Selamat mencuba ! n_n
10 comments:
cantiknya lasagna u. saya pernah buat 2-3 bulan lepas. tapi sebab white sauce dia macam tak cukup, so tak cheesy sangat huhu
sedapnyaaa TAT saye paling suka makan lasagna..tpi mcm susah je nak masak..
background setiap gambar :P
tengok gambar masakan alia ni terus meleleh saliva diatas keyboard, adakah ini petanda bakal rosak dietku? oh tuhan :')
Rajin nye adik ni. Looks delicious too.
sya pernah makan lasagna kt KLCC tpi muak... so mcm tak berapa suka sgt..hohoh
Mouth watering capture. Must be taken using 18-55 f2.8? Or 50mm f1.4? O.oV
Sedap kan lasagna...lagi lagi buat sendiri. Anak2 makcik mmg suka
yeay.. sy pun baru buat sabtu lepas..
senangkan rupanya..
Waaaa !!!!! Sedapnya tengok ! Gosh lapar la pulak hehehe.. Waa nanti kalau ada masa nak try la.. bestlah tgk resepi2 sume nieh.. Ngee ~~ >,<
Post a Comment