Saya mula berkenalan (amboi) dengan blueberry cheese tart pada usia 17 tahun. Ibu Widad yang bagi dekat kami sekeluarga. Ibu Widad memang baik pun, lepas balik kerja, masa nak ambil anak dia dari rumah kami, mesti dia bagi makanan. Kek, murtabak, putu mayam, ayam golek. Kihkih.
Kawan ibu Widad yang buat cheese tart tu. Bila dah lama-lama, kami pulak yang jadikan Ibu Widad sebagai orang tengah untuk order cheese tart dari kawan dia. Haa tak malu betul. Tapi sekarang dah ada kesedaran untuk buat sendiri memandangkan keinginan untuk makan membuak-buak kebelakangan ini.
Resepi blueberry cheese tart ni, saya ambil dari sini :)
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
- 170gm marjerin
- 50gm gula aising
- 1 biji telur Gred C
- 290gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 170C sehingga masak.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Crust ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu crust betul-betul sejuk sebelum diletakkan filling dan cheese.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
- 250gm cream cheese
- 50gm gula kastor / gula halus
- 1 biji telur Saiz B
- ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat.
- Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Maaflah sebab tak ada gambar cream cheese dalam crust sebelum dibakar sebab saya dengan adik yang kecik tu excited sangat nak melorek atas cheese. Hehe !
Sepatutnya letak lebih banyak cream cheese filling, picit ke dalam crust hingga membuncit, baru lah cantik. Tapi saya kan kedekut. Crust banyak lagi, tapi cream cheese dah tinggal sikit. Kena la berjimat. Hiks !
16 comments:
Lawa haa corak dia. Haish. Mohon umur 20 nanti jadi macam Kak Alia lah rajin. Haha xD
Whoa! Akhirnya Yuyu dapat tengok resipi Bluebery Cheese Tart. It's my favourite. Tak lama lagi dah nak puasa, boleh buat utk Syawal tahun ni. Yuyu nak cuba lah! ^_^*
cuti nti nak buat la. hihi =D
my favorite ! tapi tak pernah nak try buat. selalu beli je hihi. rajinnya awak !
Happy 17th monthsary my love :) eh sori off topic cheese tart :P
lawa... macam sedap.. wow.. nak nak.. nak salin resepi alia ni.. ishk. byk dah akak salin. haha...
huhuhu..
pandainyaa Alia masak..
Nak kena pesan awai-awai kali nihh :PP
"picit ke dalam crust hingga membuncit" Omeyy nya ayat tuu. Hikss :DD
besnyaaaaaa. peberet kite niii. emm emmm trliurrrrr -__-
bestnyaaa!
feberet nadia nii T___T
so tempting!
lawanyaaaa...mesti sedap tart tu :D
sedapnyaaa! mahu buat tetapi kemalasan :'(
cantik corak dan kalernyer. sis kalau mkn ni skjb jea dah abis.sedap sgt,lagi2 mkn time sejuk
it looks nyums! ;)
and cute too..
ps. doing random bloghopping and stumbled to ur blog. :)
pos kat hana sikit tart tu.. special punya tau.. :)
Post a Comment