01 May 2013

Roti Jala dan Kari Ayam Mamak Style.



Assalamualaikum. 


Entry terakhir bertarikh 9 April. Ni jenis update blog satu entry untuk satu bulan ka apa taktau lah    -_-


Banyak nak cerita sebenarnya, banyak gambar nak tempek, entah kenapa saja peram lama-lama dalam draft. Cis, bajet lawak letew padahal hambar. 


Haritu terpandang entry Che Mat pasal roti jala dengar gambar yang cukup menggiurkan. Terus rasa macam eh-lamanya-tak-buat-teringin-betul-rasa-nak-makan. Lepas dah bagitau dekat mak cakap nak buat roti jala, mak siap cakap lagi, "Tak berbaloi pun buat, baby. Renyah nak buat dia"


Tapi biasalah gelora jiwa remaja, sentiasa bersemangat nak cuba buat benda baru khennn. Lepastu bila dah 'menjala' lama-lama dekat dapur, kaki pun dah rasa longgar, terus rasa malas lalu emak kembali berkata, "Kan mak kata, renyah kan nak buat dia" 


Ok fine. Pertama dan terakhir dah ni T_T




Kari Ayam Mamak Style.



Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - dipotong mengikut saiz yang anda suka, dibersihkan dan ditos

Bahan A
10 ulas bawang putih - diblender
3 inci halia - diblender


Bahan B
1 biji bawang besar - dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang


Bahan C
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan


Bahan D
8 sudu besar serbuk kari ayam Baba's
1/2 sudu kecil serbuk kunyit 
2 biji ubi kentang - dipotong dadu
3/4 cawan santan pekat
Sedikit serbuk cili kering


Bahan E
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Garam

Cara membuatnya :
  1. Tumis bahan A hingga naik bau
  2. Masukkan bahan B dan bahan C.Tumis hingga daun kari garing
  3. Masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. Tumis lebih kurang 3 minit. Masak dengan api perlahan. Tambah air mengikut kuantiti kuah yang anda inginkan. Tutup periuk dan biar mendidih.
  4. Masukkan bahan D dan bahan E. Masak hingga ramuan rempah masak sebati. Selalu tutup periuk  dan masak dengan api perlahan
  5. Bila kuah kari dan ayam dah masak, baru masukkan santan dan garam
  6. Selalu dikacau agar kuah tidak naik minyak. Tutup api. 

Saya tak kacau selalu sebab sibuk membasuh segala peralatan memasak di sinki. Pembantu dah balik Johor. Sob sobss *ugly sobbing*

Maka siaplah kari pertama saya di usia dua puluh tahun.




Roti Jala


1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar - Saya guna susu Dutch Lady
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur, dikacau sedikit
3 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Secubit garam

Saya buat 4 kali tau ! Haha makan lah sampai puas :D


Cara membuatnya :

  1. Satukan semua bahan dan tapis.
  2. Gunakan acuan untuk buat roti jala, tuangkan ke dalam kuali panas yang dilenser dengan sedikit minyak dan buatlah sampai habis. Alamak failed lah bab bagi arahan ni u_u
Dekat rumah tak ada non-stick pan walaupun orang cakap kita kena invest untuk barang baik tapi tak kisah pun sebab tak melekat jugak roti jala tu dekat kuali. Bila adunan dah kering, bolehlah awak angkat dan lipat. Ada jugak yang lipat masa roti jala tu masih di kuali tapi saya tak mahir T_T




Alamak, yang ni pun kena bagi resepi ka ? Hihi.
Bye ! :)


13 comments:

Annyss Aleeya said...

wahh. dah lame giler xmkn roti jala neh. n kamu masak pun nmpk sedap dear. nice try. :D

Nana Liena said...

hhehe..cantik kentang potong bentuk bunga

ikhwan said...

enak kali rupanya. bagi-bagi donk :D

si robot comel said...

wauu bolehlah eden cuba nnt ni :)

kita suka buat roti jala, mmg feveret kalau time masak kena tebar roti jala tu. pusing kemain ligat. Hahaha

Rin Saharina said...

nyummy alahai, pos ckit kat uia! haha =D

cikghah said...

Rajinnya lahaaai potong kentang bentuk bunga. Hoho

Tak boleh dinafikan lagi Kak Alia sangat rajin. Apa tips? :D

hana hadi said...

eh2 ada bunga dalam kuah...

haz;) said...

Kak alia ni rajin gilaaaa. Hehehe.

gdsbnga said...

nanti cuti sem nak usha blog alia, nak try cuba resepi dekat rumah . hihi

Nazatul Amira Mustafa said...

Alia tahu masak ikan siakap 3 rasa tak? kalau reti share resepi boleh

Maria Menado~ said...

mak aih alia.. calon isteri no satu lah. org industan cakap "bolo number one" hehe..

sedapnya... kalau alia masak tuk akak. =P

Liyana Lunia. said...

alia kenapa menggiurkan sangat ni :'(

nik ros said...

sedapnya. baru jea beli dan mkn roti jala tapi kari dia pedas sgt. kena buat sendiri gak ni .