09 April 2013

Memasak lebih mudah dengan adanya pembantu.


Amboi tajuk dah macam slogan iklan komersial sangat. 

Asyik post resepi ja, lama pulak tak cerita pasal diri sendiri. Ish terbajet lagi. Hmm.



Sebenarnya semalam ulang bulan kami yang ke- 16 tumblr_me96xnYuqV1qdlkyg.gif (92×20)

Muhammad Adzeem bertolak awal dari Jitra lepastu sampai dalam pukul 10 pagi, terus ke Sunway Carnival untuk selesaikan urusan bersama abang dan emak saya. Lepastu masa balik Kulim, kami singgah di Giant untuk beli bahan untuk memasak. Alolo sweetnya beli groceries sama-sama ! K. Nasib baiklah beliau yang jadi sugar daddy, taja semua benda. Hiks.

Sebenarnya apa yang kami nak masak, sudah diminta oleh beliau seminggu yang sudah. Sebelum balik dari Johor lagi tau dah request nak makan itu ini. 

Dah tu dalam Giant pun keluarkan handphone sebab nak google cara masak tomyam dengan siakap 3 rasa sebab takut tertinggal bahan. Epic.

Saya baru tau Muhammad Adzeem ni teliti orangnya. Barang dalam trolley kena asingkan yang basah dan kering. Susun elok-elok semua barang ikut kumpulan. Barang basah letak 2 plastik. Masa bayar pun sama.

Dan saya cuma melihat.





Lepas solat zohor baru mula aktiviti memasak. Bagusnya laa Muhammad Adzeem ni apa yang kita mintak tolong semuanya tak reti. Potong carrot pun hancur. Ish ish. Dah tu, saya mintak beliau tolong buang kepala udang dengan kulit. Hmm beliau buang semuanya tinggal isi saja. Hmm baguslaa. Hmmm.


Saya : Awak tolong tumbuk cili kejap. Tumbuk bagi pecah ja tau.
Beliau : Eleh, tumbuk cili ja ? *senyum sinis*


*Saya buat kerja lain, tinggal beliau dengan lesung batu dan cili padi. 


Saya : Dah belum ?
Beliau : Belum. Kejap. Ada yang degil ni taknak hancur.


Lepastu bila saya tengok ja, dah lumat. Jadi sambal belacan k. Kita nak buat tomyam lah ! HAHAHA !




Hui layak dapat anugerah dah ni.
 tumblr_lltzgnHi5F1qzib3wo1_400.jpg (288×288)




1. Koktel buah.
Beliau yang beriya sangat nak minum koktel buah sebab special katanya. Kalau air lain dekat rumah pun boleh buat. 

Habistu koktel tak boleh buat dekat rumah ka ? tumblr_me96wfvO8S1qdlkyg.gif (69×20)

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan campuran
Air gula
Ais
Susu Dutch Lady berperisa Strawberry. Yang ni Muhammad Adzeem tanya, ''Haih, pink lagi ?"
Oii haruslah.

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan hidang segera tumblr_lna2brZuO51qdlkyg.jpg (44×17)



2. Ayam masak halia. 
Masih mengekalkan resepi campak-campak sampai Muhammad Adzeem pun confuse lantas bertanya, "Ni ayam masak halia ka ayam black pepper ?"
Shadap you.



3. Ikan siakap 3 rasa. 
First time buat wohh. Ikan siakap gemuk tak habis 2 orang makan berharga 7 ringgit di Giant. Degil yang amat melekat di kuali lantas dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang ingin mengalihkannya. Kami berdua kuatir akan menyebabkan kemusnahan pada ikan tersebut. Walaubagaimanapun, rasanya tetap sedap. Amboi angkat bakul.



4. Tomyam. 
Ikut resepi sebijik dari sini. Tapi biasalah, kita semua merupakan insan yang tak terlepas dari membuat kesilapan kecil. Dalam resepi tertera 3 sudu besar jus limau nipis tapi Muhammad Adzeem letak  sampai 3 biji. Juga dengan cili padi, sesuka hati beliau nak lebihkan kuantiti.

Dan ini menghasilkan rasa yang begitu 'tendang'. Bayangkan tomyam yang pedas dan masam. Haaaa. Bengkak bibir weolls.




Haa tak malu betul siap paksa mak ambilkan gambar. Dah tu muka penuh dengan 'nur' sampai kening pun hilang. Monalisa sangat. Lepastu terus makan dengan lahapnya sebab dari pagi tak makan apa. Lunch pukul 6 petang pasal dua-dua ambik masa lama gila nak pandang screen laptop tengok resepi, nak cari bahan apa semua. Gagal, sungguh.

Lepas habis makan nasi, Muhammad Adzeem buat pizza untuk dibawa pulang. Sebab beliau macam tak membantu sangat bila suruh memasak, saya minta beliau buatkan doh pizza. 

Itupun cuma menguli. Sukat bahan pun takmau. Pffftt. Muhammad Adzeem best sebab beliau basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan yang kami guna. Mulut asyik nak bebel ja sebab saya buat kerja bersepah tak kemas barang yang dah guna. Dah tu berleter gaya bapak-bapak bila anak tak lulus periksa. Heh.

Lepas pizza dah siap, kami hadap cheesecake dengan lemon iced tea.

Beliau pulang lepas solat maghrib di rumah, mama dengan kakak beliau datang ambil. Sekian saja laporan kali ini. 

tumblr_me96x3rQqL1qdlkyg.gif (96×20)


21 comments:

Annyss Aleeya said...

wahh. seronoknye. untungla ade pembantu. hihi.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik. sweet korang. mengalahkan akak laki bini. hehehe. bila nak kawin ni? pandai adik masak ye. hehehehe

cikghah said...

Hahaha. Lawak pulak rasa Abam Ajim ni.
Kak Alia dah macam suri rumah dah sekaarang, pandai masak :)

Unknown said...

waa..pndainya msak..dh buleh tawen dh tu..hihi

THE shazwani said...

alia dah maju laaa ;)
dah pandai masak lauk,hihi

wani still buat cake, puding lagi.haha.macam mana ni?

p/s : sweetnyaaaa masak sama sama >.<

Nik said...

amboi.. untung la dia. request jea ada yg masakkan

sis nak request jugak la. boleh ker..kikiki

Anonymous said...

fuyoo... kalau macam ni hasilnya, memang berbaloi la org tuh jadik pembantu...hohoho

Bunda_nora said...

assalam, bunda datang nak jamah masakan kat sini...nampak sedap, pandai nyer masak..

haz;) said...

wah, tak sangka korang dua buat kerja sama2 kat dapur. tak sangka gak adzeem tu kuat membebel. dulu kat mktb dia seorang senior yg jarang bercakap. Hahahah.

Anis Syazwani said...

happy anniversary, kak. you're so talented in cooking, can you teach me how to make a good orea ice-cream? nak buat untuk mama, hehe ;)

Gdsbnga said...

waaaaaaaaaaaa sedapnyaaaaaaaaaa !
ahhhhh bila kite ni nak belajar masak :c hahahaha

NinaAz said...

Sama mcm laki I. Suka dia nulun kt dapor. Hihi

Rin Saharina said...

amboi, sweet sgt dik =')

hana hadi said...

hensemnya pembantu.. pinjam boleh? hehe kalau ye pun pembantu tu tukar la pakaian santai baru masak. hehe

aina izati said...

Alolololo,maneh ada di mana-mana sahaja. ;') EHEHEHE
Baju sentiasa sedondon. :D
Part yg suruh abam Ajim tumbuk cili tu lawak. Hee :D

Maria Menado~ said...

oh menarik cerita aliah... okaylah family dah restu awal2 lagi kan.. suweet gituw. hehe.. pandai alia macam... ummm. ley buat menantu dah. hehe.

fenny abdullah said...

Assalamualaikum dear...
akak gadis datang cari makan hehehhe...
alolooo pandainya masak... ehh scrol" blog cam suke masak'j ne ngan photografi kita satu passion lah hehehe...

Naza Mustafa said...

bestnyaaaa... sweet sangat

Unknown said...

Seronoknya memasak sama-sama !

Unknown said...

lama nya 16 tahun..ke kita salah baca..huhu..

Unknown said...

pandai masak ea..jeles sikit..hehe..