Dulu saya dah pernah buat homemade ice cream, ikut resepi dari Cik Epal. Kali ni, saya cuba dengan mengikut resepi dari Kak Aini pula. Dengan menggunakan 3 bahan, awak boleh buat aiskrim sendiri di rumah. Sebab kecintaan saya yang mendalam terhadap Oreo, saya tambahkan Oreo dan rasanya saling tak tumpah macam Oreo Krusher di KFC atau Oreo McFlurry di McD. Amboi.
Bahan-bahan :
3 cawan susu Dutch Lady
2 cawan Coffee Mate
1 peket Oreo (asingkan biskut dan inti)
Tak perlu letak gula sebab inti Oreo dah manis kan. Terpulang kepada awak sebenarnya nak letak sukatan berapa banyak pun. Marilah gemuk bersama dengan menambah kalori di dalam badan.
Cara-cara :
- Kisar/Blend susu Dutch Lady, Coffee Mate, inti oreo di dalam mesin pengisar sehingga berbuih.
- Tuang ke dalam bekas dan masukkan oreo yang dipatah-patahkan.
- Freeze it ! Lebih kurang 8 jam, boleh lah awak makan ;)
Kalau makan ais krim macam ni, mesti rasa dahaga. Dah la sekarang musim panas, hujan pun sekejap-sekejap ja. Apakata, kita buat aiskrim Malaysia yang lejen ;)
Saya buat banyak perisa. Maklumlah stok air berwarna banyak dekat rumah. Hiks. Gigih tau pergi beli plastik aiskrim kahkah. Ok bye ! :)
28 comments:
Assalamualaikum. sedapnya..
huaaaaaaaaaa rajinyaaa buat ice krim... tabik spring pd sis... terliur sudah
Wahhh. Nampak menarikkk
wahhh mcm tu ja?? nak try nanti! :)
wahhh tergodanya aiskrim oreo tuu !!!! nak cuba lahh mcm senangg.. hehehe. eh yg aiskrm btg wrna wrni tu leh beli pos kan tak ? :P
weiii. pasaipa semua pasai makanan. aaaaa. lapaq :3
sedapnya. senang jea. nanti sis boleh cuba.
Wah serius sedap aiskrim oreo :D
Kak anis, kalau msk blog alia, kenyang tau tak? gehhee
aila... yg last tu paling akak suka. tak cukup satu... hehe.. tak puas..
hehe..kita suka makan aiskrim malaysia..dulu panggil aiskrim murah/aiskrim 20sen ja..hehe
oreo ice-cream xhilangkan dahaga. tapi ice-cream malaysia ada juga yang dapat hiangkan dahaga kan kan..hehe
50mm?
@Anonymous : Iya, 50mm ;)
assalam, memang dah lama dah tak nampak ais krim malaysia ni..dulu2 bunda pernah gak buat jual..
Perghhh haa menitik ayaq lioq..
sdapnya..pos mai 5 btg boleh..hihi
Hai Alia....
pandainya awak buat aiskrim.... tak la banyak pun bahan yg nak kena sediakan... macam sangat senang.. boleh cuba ni
rajinyaaaaaaaa awak ni Alia !
huwaaaa stress betul tengok gambar makanan tengah2 malam niiii T________T
warna warni itu nampak menarik...
Semua gambar cantik-cantik.
Ajarlah kita edit :(
Kalaw krim oreo tu kite x kisar sekali..bly ke?? Cmpur time gaul dgn biskut je...
Klaw krim oreo tu kite xcmpurkn time blend boly ke?? Kite biakn dkat bskut n hancurkn dan trz gaul sekali pz cial blend??
Diana, boleh ja :)
Salam. Kalau guna susu sejat tu bolehh ke ye ganti dutch lady tu?
Assalamualaikum....ice cream Malaysia memang legend kan....saya pun dah buat biz dgn ice cream ni...boleh search miZwair ice cream...kot kot berkenan nak order....
Sedapnya".......
nak tanya boleh tak tunjuk cara buat aiskrim malaysia perisa dutch lady strawberi saya nak cara ni sebelum 18/1/16 atau 25 /1/16
Post a Comment