26 March 2013

Pizza





Bahan-bahan untuk doh pizza. 

*2 pizza. Saya ikut resepi dari blog azlitamasammanis :)

  • 300 g tepung gandum (tepung roti pun boleh)
  • 6g instant yeast
  • 20g mentega
  • 10g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur



Bahan-bahan untuk Topping.
(Terpulang kepada awak sebenarnya nak letak apa pun)

  • Olive oil
  • Sos spaghetti 
  • Sosej
  • Cendawan butang
  • Bawang besar
  • Capsicum merah, kuning dan hijau.
  • Nenas dalam tin
  • Pesto
  • Cheddar cheese (saya guna yang sudah diparut)


Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan sedikit tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
  2. Tambah mentega dan terus gaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.
  3. Kemudian bulat-bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
  4. Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. 
  5. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan-tekan dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.



Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan sedikit tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
  2. Tambah mentega dan terus gaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.
  3. Kemudian bulat-bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
  4. Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. 
  5. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan-tekan dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.



 photo anigif-2_zps5ade62b7.gif


Sapu bahagian atas doh dengan olive oil, biarkan selama 5 minit. Kemudian, boleh la sediakan topping kegemaran awak 

Ratakan sos spaghetti → sosej yang telah direbus terlebih dahulu → cendawan butang → bawang besar → capsicum merah kuning hijau (amboi) → nenas → pesto → cheese dan cheese dan lebih cheese. Eh ?

Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair.










22 comments:

~didiey~ said...

meh hantar kat akak ckit :)

Cik Iylia said...

*tumbuk dinding*
Waahhhh.. Alia, nanti Skype kat dapoq boleh? XD

Nor Salmi said...

Wah, menggoda sungguh!
Insyaallah, nanti boleh suruh anak dara ibu buatkan..

Syida Rasyidah said...

sedapnyeeeee,, sungguh menggoda diet kte :(

Mrs Velentine said...

sedapnya///

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

wahhh buat sendiri??? 0.0... hebatnyaaa.. nak cubalah juga, sebab kalau nak beli kat kedai mahal ooo, baik buat sendiri.. kita nak letak byk mana cheese pun blh an an.. tapi kena balik rumah dululah baru leh buat...

Cho Zila said...

rajin.. rajin.. nampakpun sedaptu... pagi tadi baru makan pizza tapi dominoler..

Nurul Aini said...

Nak buat nak buat nak buat...hentak2 kaki..huwaaaa....nak buat ni..nanti mesti kena buat. berapa kali buat dah..hehe..

cantik gilos gambar tu..rajin betul, ye alia siap buat gambar dalam format .gif lagi..terbaik.

p/s: Tahniah untuk result STPM yang gempak..Alhamdulillah, rezeki adik..Allah berikan yang lain kan. SPM bukanlah segalanya2..buktinya adik ada rezeki di STPM kan. Tahniah dear. Tumpang seronok. ^______^

mazni said...

nampak sedaappp..teringin nak buat, tpi takut tk cukup bahan T-T

gdsbnga said...

lepas ni resepi apa pulak ?
*waiting *

nik ros said...

waa..homemade pizza.rajinnya buat :)

Shaqir Ir Manz said...

warghhh.. dia pon sama kejam tunjuk pizza buatan sendiri.. huhu, teringat jiran lama dlu cikgu memasak, kalau setiap bulan puasa mesti dia sedekah kan makanan sedap2, dan yg paling aku suka Pizza dia... huhuhu... rindu nya masakan dia, skrg dia da pindah, x dpt rasa dah :(

nadia said...

telan air liur gulp gulppp sedapnyaaaaa T_______T

hana hadi said...

waaah ni lagi sedap dari kedai..

Nana Liena said...

hehe..tahniah juga utk stpm ya..hehe..even tak ada gambar pasal result awak tp baca komen2 di atas tu dah cukup..hehe ^^ dah isi upu belum? hehe
btw me suka tgk gambar2 awok..cantik belaka.

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

bunda rasa nak cuba buat nanti...Tahniah utk STPM...

Mar Haini Abdul Rahim said...

rajinnyeee lah alia ni.. rase nak bersama plak, leh akak tolong makan kalau alia penat2 masak :D

Mar Haini Abdul Rahim said...

rajinnyeee lah alia ni.. rase nak bersama plak, leh akak tolong makan kalau alia penat2 masak :D

syakey said...

aaaaa. comel comel! yg gif-ing tu!

belog macam belog omputeh. semart kotttt!

Maria Menado~ said...

nak order alia... boley tak. kulim dengan sik dekat tak. hehehe..

PuanZaniff said...

sdapnya..nk oder la..hihi

Farah said...

Saya bookmarked entri ni sebab teringin gila nak makan pizza yang berdaging, tapi dekat sini takpe pizza yang halal pun.

Terima kasih atas perkongsian :D