Semakin saya meningkat dewasa, saya sedar bahawa skop hidup saya semakin mengecil. Atau saya seorang saja yang ada perasaan macam tu ?
Kalau dulu saya rasa macam perlu ambil tahu tentang semua orang, perlu jaga hati semua orang, perlu ambil kisah tentang pendapat semua orang. Bila saya dah semakin dewasa, (amboi mentang-mentang baru menginjak angka 21 beberapa hari lepas terus claimed diri sendiri sebagai dewasa hang ni Alia) skop hidup saya makin kecil; saya cuma ambil tahu tentang perkara yang perlu, saya ambil berat pada manusia yang penting dalam hidup sahaja, saya pertimbangkan pendapat dari mereka yang sepatutnya sahaja.
Saya, sejak setahun dua kebelakangan ini, sedang dalam proses memulihara hati (yang saya rasa kenalan rapat dan keluarga saya tahu). Zaman teknologi, semuanya mudah. Mudah menjalin dan memutus hubungan. Tapi semua tu atas diri kita sendiri. Kita yang buat pilihan sama ada untuk melihat benda baik atau tidak. Pilihan yang kita ada, unfollow, block, unfriend, mute (Azua ajar cara nak mute). Itulah yang saya buat bila saya rasa perasaan tidak sihat itu timbul.
Perasaan yang tidak sihat itu berlaku atas beberapa sebab;
Dengan melihat sesuatu perkara itu, saya menjadi sedih (malalui status atau kata-kata yang bertujuan untuk memburuk-burukkan)
Dengan melihat sesuatu perkara itu, timbul sifat ingin bersaing sedangkan tak perlu pun semua tu.
Dengan melihat sesuatu perkara itu, timbul rasa iri hati dan saya mula membandingkan lantas tidak mensyukuri nikmat yang diberi Allah.
Jadi, apa yang saya lakukan ialah unfollow, block, unfriend, mute. Mudah kan ? Dan saya memang tak ambil tahu tentang mereka selepas itu. Kita yang tentukan apa yang kita mahu. Buang semua perkara yang tidak menggembirakan. Sekarang dah betul-betul steady rasanya. Biarlah bilangan orang di sekeliling saya kecil, asalkan saya gembira kerana mereka benar dan bermakna. Kawan rapat sentiasa ada. Keluarga pun tak pernah berkalih.
-- From the bottom of my heart I seek forgiveness from all of you my readers untuk semua salah silap saya melalui penulisan saya, atau saya pernah cakap benda yang melukakan hati awak. I’m just a human; I’m far from perfect and I made a lot of mistakes which of course I’ve regretted it.
11 comments:
btol apa yg awk tulis.. menusuk hati..
i have the same thought too :\
tapi memang tekan button unfollow and unfriend tu, memang sangat membantu.
preserve kita dari penyakit2 hati kekdg cemburu, kekdg buruk prasangka.
walhal, perlu ke nak ada perasaan semua ni. whilst Allah dah bg memacam we should be grateful. :))
ya. itu lebih baik untuk menjaga hati. :)
it happens. awak bertuah sebab awak ada memori yang indah untuk ditonjolkan kepada orang ramai. awak boleh kongsi kegembiraan awak dengan orang lain. berapa ramai lagi orang id luar sana yang hidupnya singkat, kesengsaraannya meningkat membuatkan lidahnya tersekat di hujung tekak. derita yang tidak mampu diluahkan dengan kata2. don't please him, please Him.
Be a practising Muslim. As you know syurga tidak dijanjikan dengan karpet merah tanpa dihalangi air mata dan darah. AlQuran dan hadis jadi pegangan.Seek Him, you will find peace. Rujuk Al-Hujurat ayat 12. Lets purify our hearts, together.
eh eh nama saya ada kat post awak :')
:')
Suka article ni. Yela, bila kita dekat media sosial ni kita kadang-kadang tgk macam-macam jenis orang sampai ada prsn lain. Padahal kita cuma kenal dia sekadar nama je kadang. Dan sometime, kita nak lepaskan prsn kononnya utk kepuasan hati tapi di medium yg salah membuatkan timbul pergaduhan dgn org yg kita rapat. Jom, sesama didik hati :)
hye alia. thnks for write on ur bloglist - aqeelstudio
you're not the one yang ada penyakit M untuk berblogging. nice blog btw ;)
Hai Aila, just perfect entri. Salam ukhuwah dari saya Aishah Nin :)
Hai Alia,saya suka baca entri Alya :-)
Post a Comment