08 June 2015

Chilled Mango Cheese Cake



Assalamualaikum dan hai semua orang !


Amboi dah lama sangat tak update blog. Sampai terlupa kewujudan sebuah blog. Walaupun tak update tetap ada yang datang singgah dan tinggalkan komen ya Allah terharu saya camni T__T


Kehidupan saya tersangatlah sibuk (ceh ceh) sehingga saya tidak sempat untuk update blog. Pagi hingga petang saya ke kelas, petang ke malam pula saya bekerja. Eh kerja ? Ok nanti saya cerita di entry lain ;) Tapi awak boleh ikuti perkembangan saya (cewah) melalui akaun Instagram dan Twitter saya. Short semester has ended dan sekarang saya di rumah sedang menghabiskan cuti semester yang berbaki seminggu tsk tsk T_T




Ok, beberapa hari yang lepas, saya ke Arau bersama keluarga untuk memenuhi jemputan kenduri. Bila dah sampai Perlis, kami memburu mangga harum manis yang sekarang melonjak lonjak naik namanya. Kami sampai sebelum solat Jumaat which is waktu tengah hari panaih lit lit habis ketibas ok. Memang tak ada langsung niat nak beli mangga tu semua. Pandang pun tak nak. Biasalah seorang Alia yang bebai bila panas berpeluh ni.


Bila nak balik baru teringat mango cheese cake Kulacakes. Terus rasa nak buat jugak. Maka saya pun berhuhuhu patah balik ke gerai yang jual buah mangga tu nak jugak beli sikit walaupun sebelum tu dah masuk dalam kereta nak balik.





Saya bukanlah penggemar cheese cake tapi itu tak bermaksud saya tak makan cheese cake. Saya suka makan kek. Suka sangat kalau boleh hari-hari nak makan kek. Saja sebenarnya nak cuba buat kek ni. Macam best ja susun hirisan mangga atas kek hahaha ok itu ja sebabnya.


Resepi cheesecake sedap tak terlalu heavy melt in mouth sejuk lalu dekat tekak ini saya dapat dari blog CitarasaWan. Awak boleh refer blog dia untuk resepi asal sebab ada yang saya ubah sikit mengikut bahan yang ada di rumah hihi. YaAllah kek ni wallahi sedap ok. Pergi beli bahan sekarang lepastu buat sekarang jugak wahai semua orang ! *jegil mata*






1. Dasar kek : (cheese cake base)


Bahan-bahan :
  • 150 gm biskut marie - dihancurkan (saya guna lesung batu haha !)
  • 70 gm mentega cair

Cara penyediaan :
  1. Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Awak nak guna biskut lain pun boleh ja sebenarnya jangan takut untuk mencuba ! Ewah.
  2. Bakar selama 8-10 minit pada suhu 180C, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.





2. Adunan Keju


Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese - suhu bilik
  • 60 gm gula kastor / icing sugar pun boleh
  • 1 biji mangga (kisar, jadikan puri mangga), ketepikan 4 sudu besar untuk glaze**
  • 140 ml plain yogurt (1 pack kecil)
  • 150 ml UHT whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gelatin halal (cap kijang, bunga raya, nona)
  • 50ml air

Cara penyediaan :
  1. Pukul whipping cream hingga pekat. Ketepikan.
  2. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang. Ketepikan.
  3. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul. Masukkan puri mangga, yogurt dan putar hingga bergaul rata.
  4. Masukkan gelatin cair, gaul rata dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaupbalik hingga sebati.
  5. Tuang adunan keju dalam loyang yang awak dah siapkan base dari biskut tadi dan ratakan. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. (saya simpan sejam ja tak sabaq nak makan punya pasai tehehe)





3. Glaze dan hiasan


Bahan-bahan :
  • 1/2 sudu besar gelatin (resepi asal guna serbuk agar-agar)
  • 50ml air
  • 4 sudu besar puri mangga yang awak ketepikan tadi + 1 sudu besar gula pasir (gaul rata)
  • 2 biji mangga yang dihiris halus


Cara penyediaan :
  1. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin, ketepikan.
  2. Bila gelatin dah betul-betul cair, gaul bersama puri mangga hingga rata, biarkan suam baru di tuang ke atas adunan keju.
  3. Susun hirisan mangga di atas kek mengikut bentuk yang awak suka dan sejukkan di dalam peti sejuk hingga beku.



 
Awak boleh buat dalam bekas kecik macam ni lepastu bagi dekat keluarga bofen kenkonon macam nak ambik hati lah kiranya. Eh macam pernah buat ja.





Orang baru nak merasa, dia pun kalut jugak nak makan T_T





Sibuk jugak nak tolong ambik gambaq T_T
 
 




Macam biasa, tips untuk potong cheese cake bagi cun dan menawan, rendam pisau dalam air panas, lap dan potong.

Lagi satu, sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidang tau.




Ok bye, selamat mencuba ! :)



8 comments:

nurzamf said...

Lamanya tak update blog. Dan tetiba update blog dgn gambar kek cheese T_____T
Dan sekarang pukul 3 pagi....
Lapar kek pulak haha ;__;

Fazleyatul Aini said...

fuyohhh cantiknya cheese cake kamu
standard cafe dah ni

Mazni Munawar said...

Cantiknya kek tuuu!! Saya suka gila makan cheesecake tauu T__T tpi x pernah cuba buat cheesecake lagi hahahaha

Apa insta akak eh? :D

Farah Arina said...

look so yummyyyy :(

reni adura said...

Nk tny ltk cheesecake ni dkt freeze beku ke atau tak beku?

reni adura said...

Nk tny kek ni guna freeze yg beku ke atau yg tak beku?

Pretty Superman said...

Ya Allah meleleh air liur ni ! dahlah cheesecake lover :'(

Siqah Hussin said...

Uishj meleleh air liur tengok mango cheese cake awak ni!! Huhu! Saya pernah order cheese cake ni. Sedappp! Nak buat sendiri memang tak lah rasanya. Haha! Teringin nak pergi makan kat Kulacakes :(