Ok lah. Ini kali pertama saya buat nasi minyak dan ayam masak gulai kawah. New achievement unlocked lah kiranya ni ;) Saya jarang masak nasi dekat rumah, sebab mak yang selalu masak dan tak harapkan saya masak nasi tsk tsk. Memang boleh bilang dengan jari la berapa kali ja saya pernah masak nasi. Kasihan betul kehidupan seorang Alia ini. Apa benda tah reti masak lauk tapi tak pandai masak nasi T_T
Saya share resepi di sini, untuk rujukan saya sendiri kalau tiba-tiba mood rajin datang suruh masak lagi nasi minyak ini. Ehem dan mana la nak tau kot kot Muhammad Adzeem tergerak hati nak masak dengan housemates dekat Parit Raja tu kan, boleh la ikut resepi yang telah daku sediakan ini ihik ihikk !
Bila nasi dah masak, seorang Alia terus tak sabar nak rasa. Alahaii sedap betul rasa dia, wangi pulak tu. Terus teruja nak letak pewarna pada nasi. Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, memasak nasi dan lauk pauk tidaklah sesukar mana sebab kita boleh adjust ikut citarasa kita. Tak macam buat kuih dan kek, ukuran semuanya kena tepat u_u
Saya masak nasi guna beras biasa saja. Resepi yang saya jumpa, paling senang lah rasanya, menggunakan beras Basmathi. Jadi saya adjust resepi ikut kesesuaian berasa yang saya guna. Jadi kalau tiba-tiba dekat rumah hampa ada beras Basmathi yang cantik ituww, boleh la ikut resepi asal di sini.
Rujuk resepi dekat sini.
NASI MINYAK TERENGGANU - Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan:
3 cawan beras biasa
3 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - disimpul
pewarna kuning
Bahan utk menumis :
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar planta
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
(halia, bawang merah dan bawang putih dimayang)
Cara-cara :
- Beras dicuci kemudian ditoskan.
- Panaskan minyak sapi dan planta dalam periuk. Masukkan bahan tumis.
- Goreng hingga naik bau / kekuningan
- Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata.
- Masukkan air dan susu.
- Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika.
- Kemudian gemburkan nasi guna garpu.
- Sedia dihidangkan bersama lauk pauk.
Saya gandingkan nasi minyak ini dengan ayam masak gulai kawah. Because daging is too mainstream. Dan saya tak guna rempah gulai kawah pun ihik ihikk ! Adoi dah pergi market pun terlupa nak beli rempah. Takpa, takpa. Jangan panik, jangan risau sebab resepi yang saya ikut dari blog LiNa Pg ni pun pakai rempah kari saja ;)
RESEPI GULAI KAWAH
1/2 kg daging lembu hiris nipis (saya gantikan dengan ayam)
1 paket kerisik (40g)
1 paket kecil kari daging
1 labu bawang merah (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
5 biji cili padi (saya tambah)
2 cm halia (kisar)
1 cm lengkuas (kisar)
5 biji cili padi (kisar) - saya tambah
2 batang serai (ketuk)
3-4 sb cili giling
3 helai daun limau purut (saya tak letak)
1 cawan santan pekat
Rempah 4 beradik
3sb gula merah
2 keping asam keping
minyak
garam
air
Cara-cara :
- Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar, serai ketuk sehingga wangi dan garing
- Satukan cili giling dan rempah kari, jadikan pes, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
- Masukkan santan, kerisik, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping.
- Biarkan mereneh. Kacau sekali sekala (untuk mengelak hangit, tapi jangan kuat sangat nanti ayam hancur)
- Biarkan sampai pekat. Tutup api. Dah siap n_n
- Sedap dimakan dengan nasi atau roti. Oleh itu lebihkan kuahnya supaya nanti bila lapar tetengah malam, boleh cicah dengan roti gardenia.
Oh ya, jangan lupa buat jelatah sekali untuk lebih rasa kenduri.
RESEPI JELATAH / ACAR DARAT / ACAR TIMUN DAN NENAS
Bahan-bahan :
Timun
Nenas
Cili merah
Lobak merah
Lobak merah
Bawang besar
Cuka
Gula
Garam
Cara-cara :
- Potong timun, nenas, cili merah, lobak merah, bawang besar. Potong ikut suka ;) Sebab ada sesetengah orang yang suka makan bila dipotong nipis. Kalau saya, saya suka besar sikit :D
- Satukan semua bahan dan gaulkan bersama sedikit cuka, garam dan gula.
Selamat mencuba ! Resepi ni senang sangat, masa penyediaan pun tak lama. Jadi, apa tunggu lagi ? ;)
29 comments:
sedapnya nampak ayam tu
Memang Muhammad Adzeem memang takkan pernah tergerak hati la -_- mana reti masak. kek coklat pon guna tepung segera ja :P
menyelerakan :D
Ya Allah, mesti sedap punya nih.
Kak Alia dah mimpi masuk Masterchef, tapi kan, bila pulak la nak mimpi akak mai hantaq sikit makanan. T.T
Mai hantaq lunch ka apa dkt deqna ka khennn haa. Hiks.
Untung abam Ajim. :')
ya ka gulai kawah? hrmmm, kawah besaq mana? :p
sodapnyaaaaa...
Alahai, meleleh air liru tengok gambar ni
Masuk blog alia..tak sah kalau tak nampak gambar makanan..Alahai..akak buka blog alia time pagi, perut pula nyanyi dongdang sayang. Memang meletup lah..hehehe..Sedap. Nak cubalah.
p/s: Gambar alia ambil mesti cantik!! Kongsi tips please..hehe. ^_______^
kak alia ni mmg terer la bab masak2 ni..plating pun lawa..sedap betoi tgk, sebijik mcm nasi kenduri..haha
nak datang rumah makan bleh tak hihihi
Assalamualaikum Alia. wahh terbaik. akak dah lama tak masak gulai kawah. biasa guna daging je. hiewhiew.. nak rasa sikit, sila pos ke rumah akak ekk ;p
sedapnya nasi minyak. lauk ayam masak merah lak tu >< bestnya jadi akak ni, pandai masak. hehe
Assalamualaikum.. Wah nampak sedap! Akak ni dah boleh kahwin ni hahaha :D
nak ayam tuuuu
Wahhnampak sedap esp tang ayam tu..melelh air liur tengok..hihi..teknik gambar pon cantik dan menarik sangat..
wawww nampok sodap yohh. dah ada ciri ciri wanita sejati nih hehehe
ya Allah.sedapnyer. tgk ayam tu lagi buat terliur..hehhe
hemohh2 . tetibo tersa lapar pulak ni . eheemmm
kenapa nampak sedap ni. hohooo
ni macam dah boleh amek tender utk majlis kawen ni. hehehe
Assalam...terima kasih sudi cube rcp gulai kawah tu..n bagi credit back link ke blog saya..
Nampak sedap tu..memang kena sangat nagn set nasi tu
Kenapa ada nama Terengganu? Alia orang ganu eh? Tak nampak beza nasi minyak dengan negeri lain..
by da way, looks like delicious. yummyyy
wahhh...jeles la dgn alia sbb pndai masak.. sy ni klu nak try masak tu niat dah ada tp tkot x sedap, terus ckp, "taper laa.. nnt tkot x dak yg nk mkn..sob3"
p/s:untung ang adzeem..hahaha
sedapnyaaa... air liur pun dah nak keluar ne... hikhikhik
http://missbaybeeboo.blogspot.com/2014/04/giveaway-by-sha-malek_6.html
tlg wish kat situ blh x? tq :)
ya Allah.
tengok nasi pun telan air liur apetah lg ayam tu.
food presentation memang A .
hehe
sedapnya! dah lah gamba lawa, menarik sangat. boleh nak copy resipi ni thankyou!
hamboiii.cantik2 gmbr. mesti sedap jugak ni :)
pergghhh pakej...nampak sedap...gambar cantik...resepi best... hai salam perkenalan jom singgah n follow ayu www.qaysaasupplement.blogspot.com
pic dah lawa..makan pun mesti sedap...tq for sharing k..
sedapnya. menarik sgt gmbr tu. buat hati tak sabar nk cuba
Post a Comment