12 December 2013

Our Two Year Anniversary.



Ihik !

Hai, dah sebulan tak update blog sebab emm sebabnya Candy Crush is getting more exciting day by day, selepas berjaya naik dari satu level ke satu level. Saya dah tinggal game tu 5 bulan huii lepastu tergerak hati nak main dan menang pulak. Haishh. Banyak sangat resepi-resepi baru yang saya cuba tapi taktau bila nak letak dekat blog T_T


By the way, it was our anniversary couple of days ago. There's no fancy date, I don't get any promise ring ke apa (hehe) sebab Adzeem dekat Johor berjuang dengan test, assignment, presentation, report dan segala macam mak nenek lagi. Memanglah kesian sebab hari-hari mengadu letih tapi nak buat macam mana, awak kalau belajar mana boleh letih kan.


I cry a river on our anniversary night, sebab masing-masing cerita balik macam mana kami kenal, macam mana kami jumpa masa first date, macam mana berubahnya diri masing-masing sebab dah dua tahun kan. Dulu masa mula-mula kenal kurus comel lotey tapi lihatlah diriku sekarang yang bersaiz ikan paus sehinggakan Muhammad Adzeem berani memanggilku bam bam tanpa rasa bersalah.


Masa mula-mula kenal, Muhammad Adzeem tersangatlah cerah kulitnya sehingga diriku memaksa beliau main panas sebab lelaki kenalah gelap dari makwenya. Lepastu sejak beliau berada di Johor, banyak pula tugas yang beliau lakukan sehingga menjadi koko sedikit kulit beliau. Wkwkwkw kesian.


Masa mula-mula kenal, Muhammad Adzeem (dan saya) sangatlah pemalu sehinggakan hendak membuka mulut untuk bercakap pun malu. Tapi sekarang asyik ketawa berdekah-dekah sampai sakit telinga bila dengar. Maklumlah, ketawa kuat sangat.


Kalau dulu bukan main lagi tau, "Good morning, princess." Sekarang ni kalau kita mintak beliau panggil princess, terus beliau cakap, "Mana ada princess gemuk."

T__T


Jika dulu saya mengadu ke beliau yang saya sakit perut, beliau dengan sopannya berkata, "Emm salah makan la tu, pergi la sapu minyak angin dulu." Tapi sekarang, "Sakit perut ? Hmm nak berak la tu."


WHERE HAVE ALL THE MANNERS GONE ?



 photo anigifheheheheheheehhee_zps6bf157fe.gif


Happy 2 year anniversary, sayang ! 


5 comments:

Fazleyatul Aini said...

happy anniversary =)

Kesuma Haryani said...

Mana ada princess gemuk? Hhahahah epic!

aina izati said...

Ehem,Happy Anniversary to kak Alia & abam Ajim :D

Tarikh sama dgn birthday Aina lah hihi. Oh ya,abam Ajim ja lagi yg belum wish. :3 Haha :p

Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik. ahhaa smartlah gambar korang. cepat2 bersatu ye. akak doakan yang terbaik untuk kamu berdua :)

Zakiwaaa said...

Sweet ;)