12 December 2013

Red Velvet Cheesecake.



Hai !


Kalau awak ingat, (kalau lah) saya buat red velvet cupcake tahun lepas, untuk our first anniversary. Lepastu kebetulan tahun ni pun nak buat red velvet jugak. Sweetnya anniversary pun nak bake cake. Ihiks ! Muhammad Adzeem panggil kek red velvet ni 'kek isteri Estranged'. (sebab vokalis kumpulan Estranged si Rich tu kan isteri dia nama Velvet -_- Muhammad Azeem kan kalau pasal artis, drama-drama Melayu, beliau memang chempien).





Untuk resepi red velvet, saya rujuk resepi Nasi Lemak Lover.



150g cake flour
1/2 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1 tbsp cocoa powder
80g unsalted butter, at room temperature
120g caster sugar
1 large egg
1/2tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk, at room temperature
1 tbsp liquid red food coloring
1/2 tsp white distilled vinegar ( I use white rice vinegar)
1/2 tsp baking soda


Method :


  1. Preheat oven to 180C. Place cup cake liners on a baking pan.
  2. Sift flour, baking powder, salt and cocoa together in a bowl. In a jug, stir the red colouring into the buttermilk. Set aside.
  3. In the bowl of an electric mixer, beat the butter and sugar until light and fluffy. Beat in egg, followed by vanilla extract until the mixture is smooth.
  4. With the mixer on low speed, alternately add the flour and buttermilk in 3 additions, starting and ending with flour. Mix until evenly combined.
  5. Combine vinegar and baking soda in a small bowl until it fizzes. Quickly add to the batter and fold through briskly until evenly incorporated.
  6. Pour into the prepared cupcake liners and bake in the oven on the middle rack for 25mins or until a skewer inserted comes out clean.
  7. Remove from oven and let it cool a wire rack.




Untuk resepi cheesecake pula, saya rujuk blog Dari Dapur Kecilku.
Cumanya, saya tak buat base cheesecake sebab nak lapiskan dengan red velvet. 


BAHAN A :

3 biji putih telur
30 gm gula kastor
1/2 sudu teh Cream of Tartar

Satukan semua Bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang bertanduk (soft peak).


BAHAN B :

250 gm Cream Cheese (suhu bilik)
70 gm Gula Kastor
3 biji Kuning telur
30 gm Tepung Jagung
2 sudu besar Yoghurt / Sour Cream
1 sudu besar Lemon Juice (saya gantikan dengan 1 sudu besar sunquick)
½ sudu teh Vanilla Ekstract / Essense


Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga berkrim dan sebati.
  2. Masukkan kuning telur satu per satu. Kemudian masukkan vanilla ekstrak/essence, yoghurt dan lemon juice. Pukul sebentar. 
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan pula tepung jagung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
  4. Seterusnya campurkan adunan BAHAN A tadi ke dalam adunan BAHAN B dan kacau dengan senduk kayu dengan cara kaup balik hingga agak rata dan sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak hentakkan sedikit untuk kurangkan gelembung udara supaya cake kita tak banyak lubang lubang nanti. 
  6. Bakar secara double boil pada suhu 170’C selama 50-60 minit atau bergantung pada kapasiti oven memasing. 
  7. Size loyang yang bersesuaian untuk adunan ni adalah yang dalam 6 inci diameternya. (saya guna loyang 7 1/2 inci)
  8. Kalau sudah masak jangan keluarkan terus dari oven. Renggangkan sekejap pintu oven dalam 10 minit. Pastu lalukan dengan pisau keliling kek tu supaya dia tak turun sangat.
  9. Biarkan kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong. Seeloknya lebih kurang 5-6 jam.


Saya tak sapu kek dengan Cream Cheese Frosting sebab emm tak suka T_T
Jadi saya gantikan dengan White Chocolate Mousse. Adoi sedap pulak rasa macam makan asikrim dan semestinya menggemukan T__T

Saya rujuk cara nak buat mousse coklat dari blog Masam Manis, cuma saya gantikan dark chocolate kepada white chocolate.


Bahan-bahan :
250 gm Non Dairy Whipping Cream
3 biji kuning telur
80 gm gula aising (saya kurangkan separuh sebab white chocolate memang dah manis I tell you)
120 gm mentega tanpa garam (saya tak letak)
6 gm halal gelatin
30 ml air
120 gm coklat putih

  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.
  2. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut.
  3. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga.
  4. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat
  5. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata
  6. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  7. Dalam bekas pemutar, putar krim putar bukan tenusu hingga kental
  8. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.



Saya puas hati sangat dengan tekstur cheesecake yang gebu ni. Memang gebu sangat :D
Lepasni kalau nak buat red velvet, memang saya akan terus guna resepi yang ini sebab memang betul-betul lembut serupa baldu kek dia. Aisehh rosak program dietku. Lepas sepotong, ngap lagi sepotong.


7 comments:

Atiqah Jasrizal said...

Aliaaaaaaaaaa, kata nak post kat Tqah kek? heeee ^_^

syakey said...

gambar cantik ala ala makan dekat kedai aje tauu!

kena teraii ni sedapnya :3

Fazleyatul Aini said...

pos sini sket hehe

Razfira said...

cantikk

gdsbnga said...

aaaaaaaaaaa nak amik alia jadi tukang masak utk kite la cani hihihi

Farah Arina said...

tak pernah rasa red velvet

FatinSuri said...

Banyak nya resipi awk share and yes talented giler to be a chief, and a wife hahaha ;p