14 December 2013

Mee Hailam Menyengat





Disebabkan semua orang dalam rumah sedang berdiet, makanya tiada nasi lemak untuk sarapan seperti kebiasaannya. Bukan sarapan ja takdak nasi, tengah hari dan malam pun. Sampai rupa nasi pun kami dah tak kenal macam mana sebab asyik makan mee dengan bihun. Hahaha !


Jadinya, sebelum mak ke kedai, dia pesan suruh siapkan kuah, balik ja dia dari kedai, celur mee lepastu boleh terus makan. 




Masalahnya





I DON'TZ KNOWZ HOWZ TOZ MAKEZ MEEZ HAILAMZ


Biasanya kalau pergi makan dekat luar, kami semua akan bedal nasi ja. Emak ja yang makan mee hailam dan macam-macam jenis mee yang lain. Saya taktau pun sebenarnya rasa mi hailam tu macam mana. So pity la you T_T


Saya cuba resepi yang saya jumpa dekat My Resepi, kiriman intanredha, resepi Mee hailam Menyengat (sekali buat nak buat lagi katanya).




Walaupun takdak daging, udang dan ayam tapi tetap menyengat.
Sebabnya saya allergic betul dengan daging, udang, ayam T_T
Lepas makan ja terus gatal-gatal walaupun sikit. Siapa lagi yang ada eczema ? Meh kita jadi geng T_T


Bahan-bahan : ( 2 orang makan - saya guna ikut bahan yang ada dekat rumah, tapi saya letak resepi asal dari Intan untuk rujukan di masa hadapan acece )

Sedikit daging lembu dihiris nipis. (Terpulang kepada selera nak letak berapa banyak)
10 ekor udang (sederhana besar - dibuang kepala dan separuh kulit di badannya)
Bawang merah besar ( 1 labu - yang sederhana je dicincang)
Bawang kecil 2 ulas. (dicincang halus)
1 sudu makan lada hitam (kalau nak pedas tambahlah lagi - ditumbuk, tapi janganlah sampai hancur sangat)
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)
bunga kobis, sawi, lobak (dihiris ikut bentuk sesuka hati orang yang masak)
2 mangkuk air (air ni boleh tambah ikut banyak kuah yang kamu suka. Tapi kalau kuah banyak kena tambah tepung jagung sikit lagi ( ikut kesesuaian kepekatan kuah)
Sedikit garam (jangan banyak sebab dah ada sos tiram dan kicap)
Sebab tak letak ayam atau daging, saya tambah kiub ayam.*




Cara-cara :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk. Kalau air kurang, tambahkan air lagi .(daging kalau rebus asing boleh juga tapi nanti kurang manis)
  3. Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap. Biar mendidih sekejap
  4. Masukkan udang, sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
  5. Lepas tu curahkan kuah ke atas mee.




Memang betul-betul menyengat I tell you. Kombinasi lada hitam dengan cili padi telah membuatkan bibir weolls bengkak. Bagi sesiapa yang suka pedas macam saya, memang kena cuba resepi ni. Makan panas-panas masa musim hujan ni kan, walauwehh.


Bye, selamat mencuba ! :D

8 comments:

Fazleyatul Aini said...

nak semangkuk ! hehe

Mr Lonely said...

thanks for share~

Laila Mahfol said...

kita sebenarnya suka sgt bila Alia share resipi ni. sbb rasa nk mkn yg sdp2 xyh susah2 google dah sbb dah thu dkt mana nk cari. hehe. thanks Alia Laila. share lagi byk tau.

CM said...

Wow, I get hungry looking at these photos! *Q*
Nice blog, dear! It's so cute! ^-^

http://www.caterina-m.blogspot.com

AdibaShariza said...

Diba pun ada eczema jugak! Allergic dengan udang dan daging . Haha geng la kitewww.


Anyway, kak alia.. pakai dlsr nikon eh? Model yang mana satu? :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum adik Alia. sihat ke? dah lama akak tak singgah sini. hehehe thanks sudi singgah blog akak. maaf lambat blogwalking, ni baru warm up nak berblogging semula. hehehee sodapnya mee terliur akak tau. nak rasa sikit, boleh? >____________<

Pondok Usang said...

wow.. taknak cuba.. nak rasa je.. bile nak jemput geng2 blog dtg umah pekene itu mee hailam..

Farah said...

Ya Allah, nampak sangat sedap. Lepas ni boleh la cuba masak. Dah dekat dua bulan teringin nak makan mee hailam.