13 November 2013

Deutshe Kekse (German Cookies)


Pada semester 1 Muhammad Adzeem di universiti, beliau memilih bahasa Jerman untuk subjek bahasa asing. Setiap malam Rabu, seronok beliau lain macam sebab nak belajar bahasa baru. Lepastu malam sebelum tidur, mesti ada beberapa perkataan baru yang beliau ajarkan kepada saya. 

Tapi maklumlah makwe bebal mana nak ingat sangat apa yang beliau ajar. Tahu menguap aje. Antara perkataan yang saya ingat ialah gute nacht (selamat malam) dan guten morgen (selamat pagi). Perkataan bahasa Jerman yang paling saya ingat haruslah Ich liebe dich (gelenyar mu ni hihihihihi)

Dan mestilah beliau pass with flying colors untuk subjek tersebut ;)




Ok lah, cerita dia saya buat German Butter Cookies ni petang tadi. Resepi yang dah di-bookmark sejak bulan ramdon (Ramadan) lagi. Tapi sebab kekangan masa sebab bekerja waktu tu, memang tak buat kuih raya satu pun T_T

Rasa German cookies ni memang sedap. Rasa tak cukup pula buat 1 adunan tadi. Berebut balang dengan emak bila dah siap. Tapi iyalah, percubaan pertama. Takut tak jadi pula kalau buat banyak-banyak. Sayang lah bahan yang dah diadun tu. Dah la harga barang semua tergedik-gedik melonjak naik sekarang ni T_T

Tapi jangan risau ! Sebab awak tak perlukan bahan yang banyak pun untuk buat German Cookies ni. Telur pun tak perlu guna ;) Ada banyak versi biskut ni, awak boleh hias dengan gula berwarna atau drizzle dengan coklat cair. Boleh juga letak serbuk koko kalau mahukan perasa coklat. Togel yang macam saya buat pun sedap ! :D

*Sumber resepi dari Mat Gebu dan Rima.





Bahan-bahannya

125 gram mentega 
125 gram tepung kentang
80 gram tepung gandum halus
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak)



Cara membuatnya :

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. 
  2. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap.
  3. Ambil sedikit adunan (saya guna 1/2 camca besar), kemudian bulat-bulatkan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (saya tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). 
  5. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



Hampa semua kena cuba tau. Dah la senang, sedap, cair dalam mulut, bahan pun simple sangat. Hihi bye !


7 comments:

Anonymous said...

jarang pulak dgr buat biskut tk guna telur btw biskut ni comel, bulat mcm doraemon. mesti sedap :)

Unknown said...

Aliaaaaaa. post sikit kat nibong tebal. heeee

Laila Mahfol said...

waaa. tak pernah pun makan tapi nampak sedaplah.

Fazleyatul Aini said...

mesti sedap ni. sket ! hehe

putriee said...

Nampak sedap. Onononommm!

cikghah said...

Ini kalau buat makan time study ni mau habis sebalang haha.

syakirahmn said...

comelnya biskot!! nangis tengok T__T


>.<