03 October 2013

Puding Roti







Hai. Dah lama saya tak update resepi kan dekat blog ni. Haritu entah kenapa teringin betul rasa nak makan puding roti dengan cream puff. Teringin nak makan benda manis-manis. Tapi sebab dah pernah buat cream puff, saya nak cuba buat puding roti. Teringin sangat sangat sangat nak makan puding roti sampai tak sempat nak tunggu lama-lama, rasa nak buat masa tu jugak !


Lepas google punya google, rasanya resepi dari emak Hanis Zalikha adalah yang paling menarik perhatianku. Gitew. Sebab baca review orang yang dah cuba, semua cakap sedap lemak manis disukai ramai. Jadi haruslah saya pula yang mencubanya.




Bahan-bahan :

10 keping roti Gardenia Butterscotch - saya potong kiub
2 cawan susu full cream - saya guna susu cair sebab mak habiskan susu dutch lady T_T
2 cawan whipping cream 
1 cawan gula
6 biji telur
Esen vanila
Serbuk kayu manis
Brown sugar
Chocolate chips - ikut suka nak letak banyak mana, bak kata pepatah the more the merrier.






Cara-caranya :
  1. Senang sangat ! Mula-mula sapu butter pada dasar loyang / mangkuk casserole dan susun kepingan roti. 
  2. Dalam bekas lain, pukul telur, gula, susu, whipping cream, serbuk kayu manis dan esen vanilla. Tuangkan ke atas roti perlahan-lahan dan biar selama 1 jam.
  3. Selepas kembang, tabur chocolate chips dan gula perang. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.





Untuk sos vanilla pula,


Bahan-bahan :

Susu full cream
Esen vanilla
Gula
Tepung jagung


Cara-cara :

  1. Panaskan susu. Letak gula, sedikit esen vanila dan masukkan bancuhan tepung jagung ikut likat. 
  2. Angkat, sejukkan, dan curah atas puding roti. Biar meleleh-leleh sebab awak sendiri yang nak makan kan. *drooling*





Cubalah, memang sedap betul. Tekstur dekat dalam dia sangat moist haaa. Alahai. Terbayang pula masa tengah menaip ni. Tahap kesedapannya sampai saya cuma sempat makan sepotong saja lepastu selamat tinggal wahai puding rotiku. 







6 comments:

Fazleyatul Aini said...

kalau buat kat rumah ni memang saya sorang je la yg makan. yg lain tak minat sangat tapi fav saya ni

mazni said...

tgk gambar yg lawa ni je dah nampak sedap, tambah pulak dgn buah strawberi yg fresh tuu :9

Zahidah said...

Mcm sedap! Boleh cuba nanti hehe :D

NoRfArAhiN said...

erghh..nmpak menarik. prnah buat 2 kali da. tapi ntah kenapa org kt uma x suka sgt. cuma akak gn adik yg kecik je suke T_T

Atiqah Jasrizal said...

Macam maneh ja Alia.huuhuhu. nak :3

Knor said...

ini pun sgt menarik..nti knor boleh cuba