05 October 2013

Pandan Layered Cake.


Ini kek kegemaran ayah.


Beberapa bulan yang lepas, ayah saja beli buku resepi kek. Lepastu Atia duk belek-belek sambil tunjuk nak kek ini, kek itu. Amboi seronok macamlah kakak dia rajin nak buat semua. Lepastu tiba-tiba ayah pulak tanya, "Bila nak buat kek yang ayah suka tu ? Yang pandan tuuuuuu."


Hehehe.


Jenis orang cepat putus asa macam ni lah. Belum lagi cuba buat pandan layered cake tapi dalam otak dah set kata susah. Padahal pemalas. Nampak ja susah sebab nak kena melapis-lapis, padahal senang ja sebenarnya. Senang. Sangat.


Saya lebih suka buat kek yang tak perlu susah-susah nak kena potong ka apa because I'm such a loser when it comes to potong kek bagi sama.  Lepastu saya jenis waa-nak-try-buat-tapi-takut-tak-jadi punya orang. 


Lepastu dua hari lepas, masa tunggu Muhammad Adzeem habis study, saya buka Buku Resepi dekat Facebook. Terjumpa resepi kek ini. Entah macam mana terbuka hati nak cuba sebab semua bahan ada dekat rumah sebab dah beli masa bulan puasa lagi sampai dah nak expired. Ish ish.


Lepas google, saya rujuk blog fnf-simple-life untuk resepi :)




Kek Span Pandan (resepi dari Che Mat)

Bahan-bahan :

5 biji telur
130g gula
140g tepung gandum*
1 sk baking powder* (*ayak)
75g minyak jagung
15g ovallate - Saya tak letak
1 sk paste pandan + 1sk pewarna hijau
2sb susu segar

Cara-cara :

(Guna acuan bulat 22cm atau 4 segi)

  1. Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan juga susu. Gaul rata. (Saya asingkan putih dengan kuning telur sebab guna hand mixer)
  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang yang telah disapu dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas. Sapukan juga permukaan kertas dengan butter.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila dah masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping. (Saya gagal memotong dengan cantik. Sekian)





Kastard Pandan (Resepi dari blog Masam Manis di sini)


Bahan A
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar segera
1/2 sk garam

Bahan B
400 ml santan pekat - Saya guna 80g santan powder bancuh jadikan 500ml santan
100 gm tepung Hoen Kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau - Saya tak letak sebab warna dah terang
secubit garam



Cara-cara :

  1. Campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
  2. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan adunan ini kedalam aduan (A). Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
  3. Bahagi 3 bahagian sama banyak.


Potong sisi pun tak comel apatah lagi nak bahagi kek kepada 3 bahagian T_T


Cara-cara melapis pandan layered kek


  1. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa ja bentuk kek span kita. Guna acuan tinggi sikit supaya dapat tampung tinggi kek dengan kastad pandan tu nanti.
  2. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuang 1 bahagian kastad. Ratakan.
  3. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad. Ratakan. Letak lapisan ketiga dan tuang lagi kastad.
  4. Hentak-hentakkan acuan agar kastad padat dibahagian bawahnya.
  5. Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
  6. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
  7. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.





Simpan dalam peti sejuk lepastu seluruh peti sejuk bau pandan. Nice ;)
Makan masa sejuk-sejuk, walauwehhh. Segar gituu.

Hampa pun kena cuba buat tau. Bye !



9 comments:

Atiqah Jasrizal said...

Deit apa cita kah? heheheh ^_^

Alia Laila said...

Hahaha ! Tumbuk Tqah !! xD

gdsbnga said...

aaaaaa terornya alia!

Fazleyatul Aini said...

woih ini memang best. tapi saya bab nak melayer ni yang malas hahaha

Knor said...

suka tgok org bijak pandai buat kek..
hiasan ..semua menarik..

bila la nak pandai mengekek ni..

tq follow knor ye..kak juga dh follow sini..nice blog..boleh kongsi2 resepi

Nadya Bubble said...

Ya Allah, menggoda betul rupanya.
Nak :(

cikghah said...

Awat pandai masak sangat ni T___T

syakey said...

kenapa props2 gambar awk semua macam kat kedaiii. ke mmg ada kedai/coffee shop ke camne :3

za said...

Salam..hehe.. nampak cantik wana kek..sy mohon utk salin resepi sis..tima kasih..