08 December 2012

8 Disember; sudah setahun :)





Best relationships usually begin unexpectedly. Sebab ramai sangat yang bertanya macam mana kami berdua boleh kenal... Kami kenal dekat blog sebenarnya YaAllah malunya bila ingat balik. Kalau nak tahu lebih lanjut, tanya dekat Encik Adzeem sebab beliau suka bercerita tentang perkenalan kami. Dari strangers, entah siapa-siapa, kenal pun cuma dengan satu komen dekat blog, tak pernah jumpa pun sebelum ni, tiba-tiba... K, I MALU.


Selepas beberapa hint diberikan, selepas 6 bulan berkawan, beliau mula confess masa birthday saya. Call tepat jam 12 malam lepastu mainkan lagu birthday guna virtual piano olololoo mesti dah lama practice kan. Call tapi tak cakap pun sebab masa tu segan sangat. Rasanya bulan Oktober barulah kami start bercakap, mula kenal suara masing-masing. Sebelum tu sms, mesej di facebook, mention di twitter, mesej dekat tumblr saja.


Dikejutkan pula dengan kehadiran van menghantar cupcake love-love depan rumah amboi bukan main lagi. Tak cukup dengan itu, hantar lagi video sempena birthday saya dekat YM tapi kejap-kejap terputus lah not responding lah bagi penampar sikit dekat screen laptop kang maka tak sampai lah video tersebut. Beliau upload di vimeo. Terus si macho ini gagal menahan air mata tatkala menonton video tersebut lantaran ucapan-ucapan manis berserta gambar-gambar saya sepanjang 6 bulan kami kenal. Kemuncaknya apabila at the end of his video, ada 1 gambar yang beliau masukkan siap dengan lagu Marry You oleh Bruno Mars lagi.




































Dan bermulalah fasa baru dalam kehidupan :)



Setahun lepas, Muhammad Adzeem mengatur pertemuan pertama kami. Memang beliau sendiri dah bagitahu awal-awal, "Kami tau boleh ja kami nak propose hampa jadi girlfriend kami melalui phone. Tapi rasa tak elok pula. Kami nak jumpa hampa nanti".


Pada mulanya, beliau rancang nak jumpa selepas beliau tamat belajar di Kolej Mara Kulim tapi entah kenapa beliau cepatkan tarikh hmm tak sabar letteww. Rasa sekejap sangat. Masih teringat lagi setahun lepas, dekat taman, pelan-pelan beliau berjalan ke arah saya. Tolong faham, pelan disini bermaksud tersangat perlahan. Beliau pemalu. Sungguh. Macam saya juga walaupun cara penulisan nampak kasar dan cara ketawa tak macam perempuan sangat tapi percayalah sebenarnya saya pemalu. Mohon percaya dan sebarkan.


Kami berempat masa tu. Sudah la mata beliau menunduk ke bawah, cakap lambat dan pelan pula. Terus rasa macam nak tanya, awak gagap eh sebenarnya ? Sebelum balik, beliau hadiahkan saya teddy bear yang comel seterusnya menjadi sasaran Widad apabila masuk ke bilik Kak Bibi. Lepastu bagi surat cinta panjang berjela tulisan tangannya sendiri siap letak bedak. Malam pertemuan pertama kami, beliau ada cakap, "B perasan tak, harini 8 haribulan"


Supaya kelihatan lebih remaja walaupun dah di akhir peringkat remaja, kami sepakat memilih lapan haribulan dua belas sebagai tarikh kami officially dating, declare couple lah kira ceh tak boleh belah. Syafiq mesti gelak gaya orang dah 5 tahun tak ketawa kalau baca ni T_T









Bermula dari pertemuan pertama, sampai lah sekarang pun, kalau nak keluar bersama mesti nak pakai matching outfits konon nampak sweet dan remaja habis. Dah tu, rancang 7 hari 7 malam nak pakai baju warna apa. 


Sekarang, masing-masing sibuk sampai masa untuk bersama dah kurang. Beliau asyik mengadu letih tiap kali habis kelas. Paling awal beliau tidur pukul 3 pagi. Prepare untuk presentation lah, kuiz, test, dengan finalnya lagi.  Saya biasalah, belum pukul 11 dah menguap macam singa. Sebelum tidur, sempat lagi ambil phone, call saya sebab nak ucapkan selamat malam padahal masa tu saya dah masuk episod kedua mimpi. Cerita pasal hari kami. Ketawa. Cerita lagi. Ketawa lagi. Cerita lagi. Terdiam. Tiba-tiba menangis pula merajuk entah kenapa termengada-ngada tak tentu hala. Walaupun mengada-ngada, tetap dipujuk beliau yang keletihan. 


Cuba kita rewind masa setahun kita. Banyak dugaan, tapi banyak lagi kenangan manis. Countless. But my love for you, will never fade away. Semoga kamu tak letih bukakan pintu kereta untuk saya. Semoga kamu tak letih menarik kerusi untuk saya. Semoga tak letih lah untuk buat semua benda bersama dengan saya haaaa. Sebab banyak benda dah kamu buat untuk saya tiba-tiba rasa macam eh tak terlalu awal ka. Nanti letih pula :/










Kami buddyz takkan berpisah sangat tema baju.


Kami lebih kepada bestfriends than a lovey-dovey couple sebenarnya. Kami bercakap pasal bola, pelajaran, pakaian. Kami cuba perkara yang mencabar baru bersama-sama seperti melintas jalan di hadapan Restoran Nasi Kandar berhadapan dengan balai polis trafik pada waktu sesak, dan sekarang teruja pula nak cuba ke Escape. Kami beri pendapat yang paling ikhlas mengenai satu sama lain. Kami bercerita mengenai white balance, focal-length, aperture, lens, shutter speed, segala jenis mode dalam kamera dan juga tentang K-Pop serta Boboi Boy. Ketawa bagai orang diserang histeria bila bergosip atau cerita tentang perkara lucu.


Bestfriends stay forever, we can never leave our bestfriend. No matter what happened.



Kamu yang boleh saya bahaskan idea-idea. Kamu yang boleh saya borakkan tentang fakta. Kamu yang boleh menyuapkan saya ilmu sentiasa. Kamu yang boleh saya ceritakan kisah kisah anbiya. Kamu yang boleh saya bongkarkan semua rahsia. Kamu yang boleh saya hadamkan tangis dengan tawa. Kamu yang boleh saya jalani hidup bersama.


Selamat ulangtahun perhubungan secara rasmi yang pertama, Muhammad Adzeem. 365 hari, dan masih mengira 

:)



Acecece

11 comments:

THE shazwani said...

alia ;)
semoga kekal tau.tersenyum baca entry ni,sebab nampak bahagia dalam apa yang awak tulis ;)

Nur Najihah said...

suka baca ni.saya pun tumpang happy baca entry ni smpai terseyum..haha!

Ryna Tri Asmara said...

congratulations alia! :DDD
kak ryna doakan semoga hubungan kali ne sampai ke jinjang pelamin yea :)
you guys look sooo perfect together :)
happy anniversary~ :)

cikghah said...

Ghah dah baca detik pertemuan tu di blog Abam Ajim. Memang lawak + unik.

Ghah sentiasa doakan Kak Alia dan Abam Ajim :')

Cik Iylia said...

Ni dah super duper suweeeeettt :3
Auummmm.
Happpy 1st Anniversary Alia & Adzeem :)

syahirah said...

so sweet

Nana Ridzduan said...

Kak Alia, kenapa manis sangat ? Hahahaha. Semoga kekal Kak Alia dengan Adzeem :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. korang lagi sweet daripada kami yang dah kawin ni. sila lah kawin cepat dik. suka tengok korang. manis sebab baju sedondon memanjang. kehkehkeh ;p

fzgbrn said...

Orientasi uthm last week, si adzeem ni jadi photographer. dari situ saya teringat pasal blog ni coz muka dia mcm familiar. balik bilik terus search blog ni balik nak confirmkan betul ke tidak. haha.

fzgbrn said...

Orientasi uthm last week, si adzeem ni jadi photographer. dari situ saya teringat pasal blog ni coz muka dia mcm familiar. balik bilik terus search blog ni balik nak confirmkan betul ke tidak. haha.

tenggelam punca said...

orientasi bdk degree uthm last week, si adzeem ni jd photographer. bila tngok muka dia terus rasa mcm familiar. fikir punya fikir bru teringat pasal blog ni. balik bilik terus search semula blog ni. haha. keciknya dunia.