08 August 2012

Lapan haribulan lapan.





Dulu, masa sembang dengan Encik Adzeem, pernah beliau tanya 'Laila Laila Laila, Laila suka nombor berapa ?'. Elehh nombor kegemaran pun nak tanya. Olololo. 

8, saya jawab. 
Eh sama lahhh. 

Ehsamalah ayat yang selalu sangat kami sebut. Lepastu masing-masing diam 5 saat. Kemudian dengarlah beliau cakap, 'Eyishh suka tiru orang' -__-

Kenapa suka nombor 8 ?
Sebab birthday saya dan Encik Adzeem adalah pada bulan 8 hihi. 


 
Haa jersi Menyu bernombor 8 hadiah dari Encik Adzeem sempena apa entah. Haa sesaja.


I have to admit that yang saya bukan peminat bola sepak tegar. Saya start tengok bola pun lepas kenal dengan  Encik Adzeem. Kenal ramai pemain bola sepak pun sebab beliau selalu sangat cerita pasal pemain bola, dalam dan luar negara. Sekarang kalau baca paper, belek paper sampai muka surat terakhir, sebab sebelum ni kalau baca mesti skip bahagian sukan. Boo. Bagi perhatian sikit tang bola sebab nanti bila Encik Adzeem cerita pasal Neymar rambut macam balung ayam, boleh saya menyampuk ''Oo Neymar pemain Brazil kan ? Dia pakai jersi nombor 11 kan ?'' terus beliau cakap "Weyyy hebatnyaaaa !"

Ada satu hari tu, Encik Adzeem sebut Kagawa sebab beliau tengah baca pasal Man Utd. Aahhhh beliau memang suka spesies sepet-sepet ni. Haha. Lepastu, laju saya cakap, 'Kagawa yang main dengan Menyu tu kan ? Dia baru join Menyu.' Lagilah kuat beliau jerit, 'Weyyy maju laaa B laniiii !' Well. Padahal beliau taktau saya khatam paper, hadam bab sukan sepenuhnya di siang hari. Mwehehe.




Jadi,

Setelah setiap hari ketawa berdekah-dekah,
Setelah beberapa siri air mata,

Hari ini, 19 Ramadan 1433 bersamaan dengan 8.8.2012,
Kami menyambut ulang bulan yang ke 8 :)




















It's a very long way to go, but it's going there.
Semoga dipermudahkan semuanya. InsyaAllah.


Terima kasih untuk setiap panggilan telefon.
Terima kasih untuk panggilan video di YM dan skype.
Terima kasih untuk setiap jenaka.
Terima kasih untuk tidak membiarkan hati berduka.

Terima kasih untuk setiap ucapan selamat pagi dan malam.
Terima kasih untuk setiap ucapan selamat bersahur dan berbuka.
Terima kasih untuk ucapan 'Good luck, cerbaikk' bila tiba waktu peperiksaan.
Terima kasih untuk ucapan 'Belajar elok-elok' sebelum ke sekolah.

Terima kasih untuk setiap 'Jom baca Yasin sama-sama' pada setiap malam Jumaat.
Terima kasih untuk mesej-mesej yang sangat manis.
Terima kasih untuk surat tulisan tangan.
Terima kasih untuk semua hadiah.

Terima kasih kerana mengingatkan untuk solat di awal waktu.
Terima kasih kerana tegas dalam pelajaran.
Terima kasih untuk semua.


Maigod. Jiwang.


Happy 8th monthsary, Muhammad Adzeem :)
Ehem, esok. Hihi bye !







3 comments:

Hazwani Nordin said...

it was so sweeeeettttt :)

cikghah said...

ok sebak baca entry ni. tatau pasai pa. :') Sayang Kak Alia

Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik, cute gila! ohhhh