22 August 2012

How I Met His Mother Part II



Tajuk entry seperti yang diminta oleh Encik Adzeem. K.


Boleh tak taknak cerita pasal raya pertama atau pasal KA accident pada hari terakhir kita berpuasa lepastu berayalah dia dekat hospital. Langgar divider punya pasal. Taknak jugak lah cerita pasal pengalaman saya main meghecunn for the first time selama saya bernafas. Hmm. Hmm. I am more excited to share what I did on second day of hari raya :D



Yes, sawah bendang Jitra bebeh :)


Rasa give up sangat dah ambil gambar masa abang tengah speeding all the way atas highway. Semua gambar blurr blerghhh. Like, chill lah. Tak payah la rushing. Nervous masa tu hehe. Kalau boleh nak abang bawa kereta pepelan. Lagi lambat sampai lagi bagus T_T


Buat apa pergi Jitra ? HEHEHEHEHEH


Iya betul lah tu. Saya pergi beraya di rumah Encik Adzeem. Pergi sekeluarga :) Bertolak pukul 9 pagi dari rumah. Dengan berpandukan GPS, kami sampai Jitra hampir pukul 11 pagi. Dari awal pagi lagi Encik Adzeem duk bising cakap cuak lah apa lah. Haihh. Boleh setiap 5 minit beliau duk hantar mesej cakap nervous. Itu lah, tipu orang sangat dulu kan :p


Encik Adzeem lah yang bagi direction ke rumah beliau dan dia suruh tunggu di Hospital Jitra, beliau yang datang ambil kami. Masa beliau dengan abahnya keluar kereta nak jumpa ayah, semua mata tertumpu pada beliau dulu lah. Menyerlah sangat. Adik dalam kereta terus cakap, "Eii pink ! Jambunyaa..". K, tak gelak pun.


Masa dekat rumah beliau, saya lah makhluk paling sopan dan pemalu. Ahh kalau Faridah dengan Fauziah ada masa tu, mesti depa duk bantai gelakkan saya punya T_T 


Susah nak cerita macam mana perasaan masa tu. Dengan ayah yang asyik suruh saya pergi dapur tolong mama dengan angah beliau dekat dapur. Kalau pergi rumah kawan-kawan lain bawa family pun, perasaannya tak sama.  Segan sampai dengan Encik Adzeem pun tak bercakap.  Kami berselisih bawa lauk pun tak pandang muka k. HAHA.


Abah beliau funny yang amat. Mama beliau ramah sangat sampai dah tak ingat kes lengan baju kurung tersangkut dekat gate dulu. Kakak beliau kecik comel ja hihi. Kucing-kucing beliau semuanya gebu-gebu :D Usaha penyatuan ni memang beliau lah yang uruskan semua. Saya cuma tinggal bawa keluarga ke sana saja. Kata beliau, memang awal lagi untuk semua ni. Tapi kami serius. Ehem. K.


Alhamdulillah, everything went well :')





Baju kurung ada span dekat bahu automatik jadi gemok. Kan ? 
Tak ? Hmm okbai.


6 comments:

Syaheera Iylia said...

Alia, selamat hari raya aidilfitri jugak ^^
Whoaa ni kira dah sweet terok dah nii. Bestnya :))
Kenduri nanti jemput naahh :DD

Badrina Ibtisam said...

Bestnya.... :')

May Allah bless both of you.

Laila Mahfol said...

Alia, happy eid mubarak :)

adzeem mahadzir said...

wehhh mana jambu pon :( nanti mai laa lagi nahh :)

cikghah said...

Pink. Hai Jambus (sebab plural). :D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. takpe, kawin muda ni bagus dik. macam akak. heheh :)