28 June 2012

How I Met His Mother.



Jumaat lepas, Encik Adzeem menelefon pada pagi itu seperti kebiasaannya. Dia bagitau yang dia nak datang rumah saya. Nak pulangkan selimut yang saya pinjamkan ke dia bulan lepas. Katanya, dia nak datang dengan kawan. Sebab kawan dia nak melawat kawan dekat Kulim. Dah dekat Kulim, dia nak singgah rumah lah. Jadi, yeah ok lah kan. Haha nampak tak saya malas nak cerita secara detail. K.


Bila saya tanya nama kawan yang nak datang tu, dia cakap nshdgetuy nama kawan dia. Ha laa nama dia jhsyetdgnk tu, B bukan kenai pun. Tadi lain kenapa yang ni bunyi lain pulak. Alaaa yang ayah dia nama Aziz tu. Encik Adzeem bagitau, kawan yang nak datang tu dua orang. Kawan dia yang lelaki. Duduk dekat area rumah dia jugak. Bestfriend. Kawan lelaki dia tu bawak awek sekali. 


Encik Adzeem pesan lagi, "B, pakai baju kurung tau.." 


Bila dah petang, saya tertidur. Eh tak payah cerita semua sedia maklum. Bila dah petang, Encik Adzeem hantar mesej cakap dah dalam perjalanan. Lebih kurang 2 jam macam tu, dia sampai rumah. Lepastu saya ajak dia masuk lah kan. Lepastu dia cakap, "B, mama dengan abah dalam kereta."


Tak lawak lah wey.
Lahh betul. Mama dengan abah dalam kereta nuh.


*lari masuk rumah panggil mak*


Haaa lepastu Encik Adzeem terus salam dengan mak. Atooo. Memang nampak dia tak awkward dah pun dengan family saya sebab dah pernah balik kampung saya dulu. Dah biasa. Jadi Encik Adzeem pulak yang kenalkan saya dengan mak ke mama dia. HAHAHAHAHA SEGAN LAH GILA MASA NI.


Jadi, emak dengan mama Encik Adzeem lah yang bersembang. Encik Adzeem duduk dengan mama dia. Saya duduk dengan mak. Tak bercakap. Segan gila haaa. 


Emak : Laa Adzeem cakap dia nak mai dengan kawan dia. Kami pun tak sedia apa laa.
Mama Adzeem : Ooo Ajim tipu lah niii !
Adzeem : Dak ! Bukan tipu. Kalau habaq kata nak bawak mama satgi Laila tak bagi mai rumah.
Mama Adzeem : Hah ? Laila tak bagi mai rumah ?
Laila : *pandang tempat lain*


Masa nak balik, saya salam dengan mama dia. Tiba-tiba bahagian hujung lengan baju kurung saya tersangkut dekat gate. Serentak dengan itu saya dengar mama Adzeem cakap, "Allah.."


*Encik Adzeem tahan gelak*


Jadi, begitulah pertemuan kali pertama itu T_T


Malam tu, Encik Adzeem telefon. Dia gelak kuat sangat. "Eiiii B gabra gila jumpa mamaaa.." Dah la tipu orang. Gelak pulak. Nasib baik I love you kalau dak memang kena taboh dah.





Lepas keluarkan selimut dari beg yang Encik Adzeem bagi, ada kotak ni dalam beg plastik tu.



:)

4 comments:

Iylia said...

Suweeeeeeeeettttttt :3
Suka sangat Alia + Adzeem ni!

♥ Nana BamBam ♥ said...

wangi tak white musk tu bebeh ?

Ryna Tri Asmara said...

so sweet~ xD hehehehe~ <3

cikghah said...

hahaha, kesian nohh kena tipu. hehe. mana gambaq family besar berkumpul? :o