25 August 2012

Teneneneee





Sembang dengan Muhammad Adzeem pada malam 24 Ogos lepastu cakap dekat dia, "Tak sempat nak private birthday dekat facebook. Entah apa la yang jadi. Mesti dah banyak orang wish nanti kita tak sempat reply macam mana mesti depa kecik hati"  T_T


Lepastu terus beliau cakap, "Hmm tu nak bajet hot macam tahun lepas lah tu. Private birthday dia". T___T


Beliau bagi ucapan hari jadi yang panjang berjela dan membuat orang terharu sampai si macho ini gagal menahan air mata tsk tsk terima kasih :') Beliau tanya lagi, apa perasaan dah jadi manusia berusia 19 tahun ?


Rasa biasa saja. Tak ada apa yang istimewa. Sebab stress kan dengan trial. K. Muhung. Sebab duk beraya sakan sampai lupa eh dah 24 Ogos rupanya. Saya rasa kadang-kadang membesar bukan suatu perkara yang menyeronokkan. Sebab nak taknak, hang kena tempuh masa. Memang tak ada option. As time is passing by, we're getting older. And have to deal with unpleasant things. Tanggungjawab makin banyak bak kata Muhammad Adzeem. 



Jadi, ekhem. Hadiah pertama didatangkan khas dari Jitgha. Lelaki-jambu-retro-menggamit-memori.

Datang terus ke rumah rehat-rehat kejap kemudian ke masjid untuk solat Jumaat. Sambut saja kedatangan beliau dengan baju semalam sebab belum mandi. Haipp jangan kata apa-apa dekat birthday girl. Dah tu, muka innocent gila minta izin dekat emak nak bawa saya keluar. Olololo




Lelaki jambu tersebut menaja apa saja yang saya mahu makan seperti seorang sugar daddy pula lagaknya. Mula-mula rasa macam nak makan Cheezy Wedges, lelaki jambu bawa ke Giant (orang sini panggil Giant walaupun nama tempat tu Landmark Central. Giant tu tempat beli ikan sayoq tapi takpa lah). Tak pernah lah lagi sebelum ni masuk KFC semata-mata nak beli Cheezy Wedges. Kalau Faridah, lain lah :p

Lepastu rasa macam nak makan nasi, lelaki jambu bawa ke Secret Recipe belikan saya fried rice with satay.  Segan sebenarnya sebab beliau asyik tanya "Nak makan apa ?" "Nak makan apa lagi ?" "Teringin nak makan apa ?" Hehehe (gelak keji). Jadi, tanpa segan silu, saya segera menuding jari ke arah moist chocolate cake kerana apalah makna hari jadi tanpa kek. 

Kemudian lelaki jambu bawa saya ke Pizza Hut sebab sebelum tu ada cakap rasa macam nak makan pizza pun ada ni kenapa dah macam mengidam teruk kalah ibu mengandung ish ish. Terus berhawaiian supreme sebentar. Masa nak buat pembayaran dekat kaunter, tiba-tiba telefon bimbit beliau bergetar, ada panggilan masuk. Hampa kena tau, Nokia ni pesen vibrate kuat sampai orang keliling boleh dengar. Eh dah macam typical local drama scene bila nak bayar ja si lelaki ada hal lah, nak pergi tandas lah. 



April '12. Rasa macam dah tak boleh nak buat perangai macam ni. Hmm.




























Tuhan, aku tak minta banyak. Moga rasa bahagia ini kekal selamanya.

7 comments:

Syaheera Iylia said...

Aliaa. Jangan nak sweet sangat la. Jelly terok dah ni XD
Moga Alia dan Adzeem kekal bahagia sampai bila-bila :))
Alaa nak reyau manja manja takpaa :DD

adzeem mahadzir said...

Tenenenene tuh apa kena mgena dengan hari kelahiran? :3

Ryna Tri Asmara said...

Alia & Adzeem so sweet! :) Semoga berkekalan bahagia ne sampai bila². InshaAllah :) Suka tengok kamu dua orang ne happy². Heee~ <3

cikghah said...

Iolss jeles kat uolss sebab dapat makan banyak. Hikhik.

Dua-dua comel. Anda sesuai! :D

rini syufini kamal said...

i liked both of you. lol

rini syufini kamal said...

i liked both of you. lol

Sheila Salim said...

Assalamualaikum alia, comel sangat. banyak betul tajaan. hehehe