19 February 2012

Teman terbaik :)



 

Dulu masa mula-mula kenal dengan dia, kami sembang biasa-biasa saja memandangkan dia ingat saya ni kawan sekolah rendah dia. Entah sejak bila saya sekolah dekat Jitra entah. Jadi perbualan cuma menjurus ke arah laman sosial dan isu semasa. Semuanya bermula dengan hanya satu komen di satu entry blog sebab masa tu dia baru create blog. Konon nak kemaskan blog dia yang hodoh, jadi pada suatu hari, dia hantar pesan dekat inbox suruh saya ajar buat itu ini.


Mula-mula satu soalan. Lepastu dua, tiga, empat. Sampai saya rasa rimas lepastu saya minta dia google sendiri tutorial untuk blog. HAHA gila kejam. Tapi *cough* biasalah taktik dia nak mengorat, haruslah buat-buat tanya pasal blog. Ok tak, ini tipu. Kejap lagi merajuk lah tu lepastu merap.





Pada mulanya saya sangka dia sangat pendiam dan pemalu sebab muka jambu olololo comelnya padahal kuat menyakat hingga boleh menyebabkan kemachoan hilang. Kalau salah taip, memang nahas lah. Sebab dia akan ejek sampai dia puas. Malu tahap ekstrem dan saya selalu akan salahkan keyboard baru yang abang beli jika berlaku sebarang typo. Heh.


Bila dah start sembang dekat YM (biarlah orang nak kata kami kuno pun sebab masih lagi sembang dekat YM haha emo tiba-tiba) masa ni baru saya nampak his true colors yang suka sangat cakap merepek-repek buat saya ketawa nak pecah perut. Part mengutuk pun boleh serah dekat dia. Dialah gossip partner terhebat.


Makin lama kami kenal, makin banyak persamaan yang kami ada. Cecey sweetnya depa dua-dua minat fotografi, dua-dua ada DSLR, dua-dua guna Nikon. Semua ni kebetulan saja. Dulu pun dia guna Canon sebelum bertukar kepada Nikon. Well, Nikon ftw.





Kalau nak tengok dia serius, sembanglah pasal fotografi. Kalau saya tak faham sesuatu benda, dia akan terang dengan bersungguh-sungguh sampai saya faham. Dah la otak saya kerap menghadapi buffering problem. Tapi dia tetap bersabar. Kahkah kesian jugak kadang-kadang sampai dia kena bagi contoh gambar supaya saya betul-betul faham. Gigih :)


Minat genre muzik yang serupa, mempunyai kegilaan terhadap movie yang sama. Minat kumpulan Jambu, marathon video-video kahwin dari CST Production. Lepastu gaduh siapa nak tekan play. Tengok Juvana sama-sama, lepastu sembang kencang. Dia selalu bajet konon dia adalah Daim bin Yahya. Sekarang ada Vanila Coklat hmm jangan nak Amir Asyraf sangat lah kan.


Kami banyak minat yang serupa. Seriously terlalu banyak sampai kadang-kadang kami rasa kami ni sebenarnya kembar yang terpisah haha. Sebab terlalu BANYAK persamaan. Sampaikan apa yang kami makan dalam sehari pun sama. Tak pernah lagi jumpa kawan macam ni.


Mungkin sebab kami sebaya, lahir pada bulan yang sama dan beza 15 hari sahaja. Ok boleh terus cakap kami memang sehati sejiwa sekarang. Dah la pakai handphone serupa cuma warna yang berbeza. Ish ish




dia suka warna purple dan kami suka bokeh :)

Supaya nampak lebih remaja walaupun dah di akhir peringkat usia remaja, kami sepakat memilih 19 Februari sebagai tarikh istimewa ecehh tanda kami mula kenal. Tanda kesyukuran, pada malam 19 haribulan dalam setiap bulan, kami adakan bacaan Yasin selepas Maghrib. Malam, sembang lama-lama cerita balik apa yang dah kami lalui selama ini. Begitulah sambutan kami. 


Kekerapan bersembang tak lagi seperti dulu kerana kini masing-masing masih belajar dan terus belajar untuk .. ahem. Untuk masa depan dan keluarga. Kalau nak sembang kencang macam dulu, kena tunggu cuti panjang saja. Tapi tak apa lah sebab hari-hari saya sibuk dengan kerja sekolah dan aktiviti koko serta kelas prep. Hujung minggu ada kelas tambahan. Dia pun sama. Kuliah, kelas, aktiviti, program sepanjang hari. Mesej tak berbalas tu biasa. Kalau merajuk pergi terjun bangunan sekarang sebab tak ada siapa nak kesian.


Bila saya rasa down sangat-sangat, dia yang selalu ada. Sentiasa ada. Meminjamkan bahu untuk saya basahkan. Menadahkan telinga untuk saya lepaskan tekanan. Selalu dia pesan, hadapilah dengan senyuman. Bila saya rasa susah, dialah yang selalu dengar. Sanggup on the phone lama-lama walaupun saya tahu dia sibuk dekat kolej uruskan projek itu ini, dia tetap telefon supaya saya ceria semula macam biasa.


Even kalau saya nangis cerita pasal sejarah 1 yang susah tahap nak mati atau pasal kekuatan pasukan pengawas yang kadang-kadang menghadapi krisis tak kurang juga bila mood tengah swing, dia masih tenang. Lepastu buat lawak bagi saya ketawa semula. 





Setiap benda pasti ada turun naiknya. Sama. Tak sentiasa kami gembira. Kadang-kadang ada juga perkara tak baik yang timbul. Sikap tenang dia yang buat hubungan kami masih kekal. Mengaku. Memang dia yang banyak beralah sebab saya keras kepala. Dush *tumbuk diri sendiri* Tak pernah dia biar saya merajuk lama.  Cepat-cepat dia telefon kalau dia dah rasa lain ataupun bila saya tak reply mesej. Padahal saya dah tidur haha tak senonoh. K. Memang tak boleh merajuk pun kalau dengan dia sebab dia akan cakap benda kelakar sampai nak tergelak.

Kami ada impian. Walau sekarang kami berbeza program pengajian, kami ada cita-cita dalam bidang yang sama.  


Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan.





1 tahun. 12 bulan. 365 Hari.
Istimewa. Dialah teman terbaik saya. Terima kasih, Muhammad Adzeem bin Mahadzir :)
Walawehh tak boleh belah letak nama penuh.



5 comments:

Firdaus Jamaludin said...

awal gila ngadap blog?..ish ish..setahun dh?..alhamdulillah..abg lg 3 hari genap 10 tahun..minat video cst?..nk knal videografer dia?..haha..mmbr2 tuh :D

Syat0za Zai said...

suruh adzeem pegi meminang!! xD

cikghah said...

jari abg adzeem panjang! Haii..nanti nak tempah kak alia dgn dia amek gambar tunang, nikah, kahwin, majlis cukur jambul, majlis sambut menantu dan post wedding di usia senja :D

Cik Iylia said...

Alia. Macam terharu gila post ni :')
Semoga berkekalan. Jangan lupa jemput nanti ye ;)

fazeantie :) said...

acecece . sweetnya depa ! ^_^