27 January 2012

Kecenderungan







Kadang-kadang bila hampa ada intention nak buat sesuatu benda tu, proceed ja. Oh saya suka guna proceed sekarang sebab bila sembang dengan Shikin, lepastu saya pause kejap, mesti dia cakap, proceed.


Tapi proceed di sini memang tak boleh pakai kalau hampa nak buat benda yang tak sihat untuk diri sendiri. Contohnya nak pakai stokin pendek warna pink pergi sekolah ataupun nak online pakai broadband even dekat rumah dah ada line Unifi.





Proceed di sini boleh diterima pakai jika hampa ada intention seperti takmau balik rumah dekat Jitra sebab nak concentrate study dengan Syafiq dekat hostel, maka teruskan lah. Takpun kalau hampa nak kahwin. Cakap ja la dekat mak ayah hampa yang hampa nak kahwin. Gelenyar mu nih hehe.


Ataupun hampa minat course lain, maka beralihlah. Contoh boleh dilihat dekat abang saya sendiri, dekat matrik belajar lain tapi further course lain for degree. Tak pun Thayalan yang betul-betul nak sambung tingkatan 6 sampai borang UPU pun dia tak isi langsung masa di tingkatan 5 dulu walaupun dapat A+ untuk Matematik Tambahan, Matematik dan Sejarah serta cemerlang subjek lain.





Apa yang saya nak ketengahkan sekarang ialah, jadilah apa yang hampa nak jadi. Well in this case, parents patut biar anak depa pilih apa yang depa nak. Kalau pilihan tu salah sekalipun, tak apa. (awat duk teringat poem The Road Not Taken nih) Biarkan anak belajar daripada kesilapan dia sendiri. Later, we all, anak-anak seluruh dunia akan rasa lebih bertanggungjawab towards our own life.


Ceceh kira macam lebih matang buat keputusan dan lebih bijak untuk buat keputusan sendiri lepas ni. Macam Ashraff yang minat sungguh nak sambung tingkatan 6 tapi emak dia tak bagi. Emak dia paksa pergi politeknik sedangkan dia tak rela. Memang sedih tengok hari-hari terakhir dia dekat sekolah dulu. Tiba-tiba teringat dekat Asyraff sebab harini birthday dia haha :p






Tapi tak semua parents dekat Malaysia ni jenis yang beria-ia tentukan masa depan anak mereka. Macam mak ayah saya, setakat ini, tak pernah halang minat kami adik beradik nak buat apa pun. Macam saya sendiri minat ambil gambar, ayah belikan kamera seketul untuk saya. Tapi untuk buat duit dengan minat saya tu, tak kot.


Abang yang minat sangat dengan kapal terbang, ayah sokong ja dia beli model beratus sekadar display sampai saya rasa nak hentak kepala ke dinding sebab benda kecik tak guna pun mahal. Atia yang berusia 6 tahun jatuh hati dengan Amirul, emak tolong dia tulis surat cinta. Namin yang menunjukkan sedikit kelainan iaitu minatnya lebih cenderung ke arah meminati ilmu agama dan nak masuk sekolah agama, emak izinkan.






Masa di tingkatan 6 rendah, saya selalu bernasib malang sebab kerap sangat terpilih jadi emcee untuk majlis-majlis besar dekat sekolah. Lepastu terpilih jadi pengawas sebab saya berani. Hok ni serius dafak. Maka Sir Tan merangkap cikgu yang mengajar kami MUET, cadangkan supaya saya further in mass comm, broadcasting.


Masa tingkatan 3, saya dan Syafiq (eh kenapa watak Syafiq menonjol sangat ni) terpilih untuk ditaksir oleh pegawai daerah untuk ujian lisan Bahasa Inggeris. Lepas habis present, pentaksir tu bagi kami A lepastu dia cakap saya berbakat sebagai pembaca berita. Well, lepasni kalau hampa turn to channel TV3 pukul 12 malam, janganlah terkejut pulak tengok saya tengah baca berita Nightline.






Dari dulu sampai sekarang saya belajar bahasa, maka minat saya cenderung ke arah itu oh hai Puan Kalthsom dan Puan Rosmani. Alhamdulillah saya dikelilingi dengan orang yang master in language. Saya doakan semoga UPU campak anda ke dalam jurusan yang hampa minat. Assalamualaikum :)


2 comments:

Just Mini Love said...

jadi diri sendiri.. dan buat kptusan yg terbaik untuk diri ;)

cikghah said...

nak kahwin awal dan bagitau ibu dan abah jhah. pastu abah dan ibu ckp proceed je.

serius tak berani nak bagitau yang tu.



UPU. hmmm. getar bila sebut pasal tu