04 February 2012

Kau hado ?


Moh la kita ke kedai buku yang berdekatan sebelum 31 Mac 2012.

Dapat BB1M pada hari Isnin (dah basi baru nak update), bertempat di Anjung Keladi. Masa ni saya rasa terpukul akibat tidak membawa kamera ke sekolah. Maka saya memaksa Thayalan mengambil gambar saya dengan menggunakan kamera cikgu kaunseling harharharun lantaklah walaupun bukan kamera sendiri. Masukkan muka saya dalam majalah sekolah please ? Gila glamour.




Masih ada RM200 di tangan saya. masih belum tebus walaupun sekeping. Nama dengan nombor IC pun belum tulis. Sibuk sangat, balik sekolah dah petang. Malam, perlu tengok tv buat homework. Tunggu hujung minggu lah baru nak pergi tebus. Moh la kita berjoli.


Sebenarnya saya beruntung sangat sebab saya kenal dengan senior sekolah saya masa saya tingkatan 5. Kak Tasha. Kenal dekat FB, kebetulan dia kawan kepada kawan saya punya kawan (haha). Masa saya nak masuk tingkatan 6, dia call tanya nak tak buku-buku rujukan. Bagai bulan jatuh ke riba. Saya tak susahkan mak ayah untuk beli buku-buku rujukan sebab semua dah ada. Semua subjek. Paling best, dalam semua buku rujukan tu, ada nota tambahan :D


Buku tatabahasa dewan yang besaq gedabak itu pun Kak Tasha bagi, siap ada nota tambahan segala. Kawan-kawan yang lain semua dah guna baucer untuk beli buku tatabahasa dewan yang berharga hampir 5o ringgit. Ish ish kesian.


Tapi ini tidak bermakna hampa boleh mintak sikit baucer saya sebab saya nak beli Kitab Terfaktab,  Heroin, Hero, Himself dan Pompang Pompang. Tidak dilupakan, alat tulis untuk kegunaan 3 tahun akan datang. Boleh senyap sekarang. Bye. 

5 comments:

Hana said...

bestnya..huhu anda di tag ye :)

Unknown said...

hana dah pakai vaucer tu.tinggal lagi rm100 aje.belum perabis lagi hehe

ankeljonni said...

beruntung pelajar2 skrg... mcm2 dpt...
huhuhuhu

syahirahelmi said...

alia...sila jangan beli kitab terfaktab tu...HAHA (meruntuhkan kerjaya abg sndiri)

Shahrizat Ahmad said...

peh..peh..nak beli kitab terfaktab..beli awek chuck taylor n sperma cinta pon okey gak.Heroin tu cam bosan sikit