01 January 2012

Hari Pertama di tahun 2012



Baca blog orang, hmm penuh dengan azam tahun baru. Moga tercapai semua yang di senaraikan lah yeww :P

Haritu masa berbual dengan Adzeem, sempat cerita dekat dia pasal Kak Lia yang berazam nak kurus setiap tahun. Ya setiap tahun itu sajalah azam dia. Eh hai Kak Lia. Sorry terbahan pulak ;P

Seterusnya, saya tanya Adzeem, apa azam tahun baru dia.

Ada lah. Mana boleh bagitau.
Ok -_-
Azam hampa pulak, Laila ?
Kami takda azam. Kenapa tiap kali tahun baru kena ada azam ?
Haa tu lah kan. Kami pun pelik, kenapa tiap kali tahun baru ja nak kena pasang azam ? Kalau nak berubah, tak perlu tunggu tahun baru. Bila-bila pun boleh berubah kan hampa ?
Err tadi siapa entah yang dah siap pasang azam tahun baru ? -.-



Saya ? Tak ada azam. Matlamat itu ada.

Contoh ;

Pergi sekolah lebih awal.

Petang nanti taknak tidur sebab nak keluar main dengan Widad dekat luar rumah.

Kawal tutur kata bila tengah bawak motor. Cuba tak sebut cam aram bila ada pemandu yang masuk simpang tak bagi signal.

Buka Facebook dan Twitter cuma 5 minit sehari.

Baca al-Quran setiap kali lepas solat maghrib. Setiap kali. Jangan tunggu baca Yassin malam Jumaat saja.

Puasa sunat setiap minggu. Banyakkan ibadah. InsyaAllah :)




Pagi tadi saya ke sekolah dengan Fauziah dan Kak Lia. Serahkan jadual bertugas bulan Januari kepada Puan Khalilah untuk disahkan. Taktau pulak pengawas lain pun datang untuk ambil jadual ada hari ini. Malunya cikgu yang telefon suruh datang sekolah T_T

Kemudian mak Kak Lia tak masak, ni Kak Lia sendiri cakap. Emak Fauziah pula tak ada di rumah. Asalnya, kami nak makan nasi di gerai saja. Entah siapa yang usulkan nak makan dekat KFC. Maka kami meredah kesesakan lalu lintas di pekan Kulim. Kesabaran amat diperlukan di sini.


Memang rasa nak maki bila jeling cheezy wedges Kak Lia, limpahan cheese dalam bekas miliknya lebih banyak berbanding saya. Eh masa order takda pulak dengar Kak Lia mintak extra cheese.


roti sedih.


terus jadi gemuk lepas makan. Eh ?


Lepastu masa nak balik tiba-tiba ada perempuan tudung ungu mana entah terjerit kuat sampai abang-abang pekerja KFC, 3 orang budak laki berbangsa cina serta sebuah keluarga (3 orang) pandang.

Aaaaaaaa mestilah terjerit kuat ! Saya ternampak Nanthis dari jauh. HAHA :D

Lama woi tak jumpa. Last kami jumpa lepas SPM lah :')

p/s : dekat group 5Sc1, depa tengah rancang nak jumpa balik bekas pelajar 5Sc1 2010 Raya Cina nanti. Yang duduk dekat Kelantan dan Sarawak tu, kalau tak dapat tiket nak balik, tak payah lah join :P



what's up with my face ? T_T
itu dinamakan ekspresi tahan kentut berasid.


Photobucket
Kesian tengok. Mesti penat kan ? T_T





Di tahun 2012, Allah panjangkan usia kita, bagi kita peluang untuk bertaubat. Jangan sia-siakan. Kita masih diberi kesempatan untuk bernafas. Syukur, Alhamdulillah.



4 comments:

cikghah said...

cheezy wedges. gulp2. telan air liur

Unknown said...

cecey betoi ka ni depa main cakap "kami hampa" ja?haha comel lah :)

Cik Ungu Kamila said...

iyaa, betul tu. setiap kali tahun baru mesti cite pasal azam kan. hehe. simbolik hari pertama dlm kalender tahun baru kot. hehe :)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.