25 August 2011

The Sweet Escape :)



*sinopsis bergambar hari ini*




*kawan kita baik. dia cuci gambar kita dengan kawan kawan kita*

pagi tadi hujan. pergi sekolah bawak motor laju laju sebab takut hujan lagi lebat. 
#likeaboss




buas perempuan paling kiri itu. itulah. kecik kecik tangan taknak bedung. 

hari ni hari terakhir cikgu cikgu praktikal dekat sekolah. Macam macam yang kami buat dalam kelas tadi. Ambil gambar, record video, nyanyi dekat 10 buah lagu. Auww memories :')



 

Sayonara Cik Lia
keep in touch on Facebook :')




lepas bertugas. hujan hujan hujan.




geng budak baik pergi beraya dekat bilik guru :P
oh by the wayyy itu Cikgu Rofizah, cikgu sejarah :)




masih berlokasi di bilik guru tingkatan enam. Geng budak baik depan cermin.



 

potret hari raya Faridah kata. 
ish ish anggunnya saya disitu.




Aktiviti Geng Budak Baik 
*tulis sambil buat muka innocent habis*

  1. Ambil (eja ambil tau. bukan ambik. sebab saya dah 18 tahun, ejaan kena matang) gambar banyak banyak dengan kawan kawan dalam kelas :D
  2. terima ucapan Selamat Hari Raya daripada hampir semua junior yang lalu dekat sebelah saya masa dekat sekolah. *terharu*
  3. Main polis kejar penjahat dekat sekolah. *jangan bagitau dekat cikgu nah.
  4. Jalan jalan teman Nida jumpa cikgu dia. ehem cikgu dia lepastu terjumpa Cikgu Roslan. Cikgu mintak kami pergi kelas ke kelas kawal keadaan T_T
  5. Jumpa budak budak perempuan tingkatan 2# yang bergaduh *dapat aduan sebenarnya. cara depa cakap memang langsung tak ada adap. terkena cultural shock tiba-tiba saya kat situ T_T
  6. Berjalan menuju ke kelas tersayang untuk kemas kelas (budaya tutup sekolah) tiba tiba Exco Spotcheck mai panggil sebab ada kes. Ya Allah. budak budak 2# tu lagi. kenapa bawak benda terlarang mai sekolah dik. Pergi cari cikgu disiplin T_T
  7. Pergi kelas semula. FINALLY selamat sampai ke kelas dengan kak lia. *kami tinggal depa yang lain sebab kami dua malas -.-
  8. Cakap Selamat Hari Raya dekat kawan kawan kelas. Best lah woi sebab cakap kuat-kuat macam depa duduk sebatu padahal 1 kelas :D
  9. Oh ya. nanti ada jamuan raya bila bukak sekolah :D
  10. pergi bertugas waktu balik. waa kejap ja dah nak cuti raya. bukak sekolah nanti jadual bertugas pengawas pun berubah.











Baiklah, kita cuba duduk, tenangkan fikiran. Lupakan semua pasal sekolah, buku buku pelajaran, kerja kerja sekolah, kertas kertas ujian hari tu, nota nota yang belum dihantar. Mari kita cari alternatif lain untuk tenangkan fikiran dan luahkan perasaan. Biarkan minda kita membawa kita kepada suatu tempat yang kita rasakan jauh namun dekat sebenarnya.





















teruja budak budak tu dapat main dalam hujan.
*sambil nyanyi lagu Hujan - Muda*



 muka dah macam apa dah T_T
takpa. hari last kan sebelum cuti sekolah dua minggu. Terima kasih Nida sebab bagi cadangan pergi mandi hujan. Seronok gilaaa :D





alangkah indahnya dunia bila kita semua tak akan membesar :D






alangkah indahnya dunia bila kita semua akan bersama selamanya :D




kami rasa belum ada pelajar sekolah kami yang buat macam kami. baguslah memecah tradisi *tiba tiba













*video main hujan di padang sekolah tidak akan dimuat naik bagi mengelakkan keaiban semua pihak yang terlibat. terima kasih. 


2 comments:

Fatin Aliyya said...

seriously gmrb lompat tue paling comel.dengan berbaju pengawas biru lak tue.awesomee.hehe.:).

selamat hari raya :)

a.i.z.a.t said...

hehhee...macam dok kat bendang la dikkk,,hehehe..