29 August 2011

ucapan raya saya untuk semua :)





kepada kawan kawan kelas 6 Rendah 1

kami nak mintak maaf kot kot kami ada buat salah kat hampa semua. kami selalu ambik gambaq hampa semua senyap senyap dalam kelas, ambik bekas pensel hampa lepastu letak dekat meja orang lain, jadi wolverine (letak pensel dengan pen dekat celahan jari) dalam kelas, gelak terlampau kuat, atau err apa apa saja lah. Kami mintak maaf :')

hampa semua best walaupun baru 4 bulan kita kenai *hugsss*




kepada semua warga Keladi

maaf kalau saya tak senyum bila awak awak atau awak senyum dekat saya. Bukan saya sombong, kadang kadang saya taknak perasan awak senyum dekat saya padahal awak senyum dekat orang belakang saya rupanya. Maaf kalau saya selalu buat muka bila ada senior mintak tolong saya buat kerja. Maaf kalau saya tak bagi nombor telefon saya. #bajet . Maaf sebab saya selalu terlupa nak ambik kunci dekat skuter kuning saya bila letak motor waktu pagi sampai susahkan banyak pihak T_T . Maaf kalau saya tak jalankan tugas saya dengan baik.




kepada kawan kawan di Facebook

saya mintak maaf kalau saya tak komen dekat post awak di wall saya. saya sibuk T_T 
*alasan macam tak boleh terima tapi tak apa lah :P
maaf jugak kalau kalau saya ter-kasar bahasa atau terkomen yang tak sepatutnya.




kepada followers / pembaca blog saya 

terima kasih sebab sudi follow dan tinggal komen dan tinggal jejak dekat blog saya *menangis terharu*
maaf sebab saya tak singgah blog awak semula sebab saya sibuk dengan kerja kerja sekolah. Alasan biasa pelajar sekolah. 




kepada beliau
Selamat Hari raya , busuk :P







Selamat Hari Raya semua :)
semoga amalan puasa kita diterima Allah swt. semoga kita sempat bertemu Ramadan seterusnya. InsyaAllah :)

pandu kereta elok elok dekat jalan raya. Jaga kesihatan okay :)



2 comments:

~Nana 귀여운~ said...

selamat hari raya alia..


p/s: kalau banyak kali ucap x pe kan? hehe

Arez Razin said...

wahh! stail laa ucapan dia :)
selamat hari raya jugak adeq!