26 July 2011

malam esok.


Esok majlis jamuan makan malam perdana pengawas. Saya nervous. Serius :/


Tadi pergi kelas ke kelas edarkan kad jemputan untuk pengawas, mintak tanda tangan dan bagi borang kebenaran waris. Mereka suka kad yang kami buat. Semua seronok masa dapat kad tu :)



Rhapsody of Memories




Ehemm saya dah ada pasangan untuk majlis malam esok. Saya dan beliau akan memakai baju ungu sedondon. Beliau kata : tak menang title King and Queen pun tak apa.
Saya tetap queen pada dia. :"> diamlah. hahaha






Saya harap esok dewan akan dihias dengan sehabis baik. Tak nak lah dengar rungutan heh siapa yang hias dewan ni ? Tak cunn langsung. Mana Exco Dekorasi ? lepastu nama saya yang naik :((






Saya kira bertuah lah sebab sebelah pagi, dewan sekolah saya akan adakan majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang). Kira lepas habis majlis tu nanti, saya guna hiasan yang sedia ada. Cuma tambah sikit sikit yang belum lengkap :)






doakan semoga Majlis esok berjalan dengan lancar :')
dah banyak hari kami semua ponteng kelas. tak larat nak salin nota kawan kawan dah. rindu nak tulis laju laju masa cikgu bagi nota.



semua gigih berusaha untuk majlis malam esok :D


3 comments:

Syat0za Zai said...

semoga berjaya :D

purplekyu^_^ said...

tema warna purple yea...
nice! :)

hahahaha said...

goodluck yeahhh