22 July 2011

Kau kena kuat.



Jujur, perlantikan saya menjadi pengawas adalah secara paksa. Bukan saya ja, kawan-kawan yang lain pun. Kira hang ada 2 pilihan : relakan diri jadi pengawas dan tahan telinga dengar semua makian atau bawak parents datang sekolah jumpa cikgu bagi sebab kenapa hang taknak jadi pengawas dan bermusuh dengan cikgu sampai hang habis sekolah. - Cikgu Sejarah saya cakap.



memang masalah ni berlaku tiap-tiap tahun - kata Cikgu Rofizah. kalau nak selamat, masa mula mula jadi pelajar tingkatan enam, terus mohon untuk jadi pustakawan. Dengan cara itu sahaja hang akan terselamat dari menjadi mangsa kekejaman rejim zionis. ok dak pun -.- sebab cikgu pengawas akan suruh hang letak jawatan pustakawan, pergi jadi pengawas. kejam tak ? ini hakikat.



saya pun tak faham kenapa cikgu paksa paksa kami jadi pengawas. Mungkin sebab kami sahaja yang menjadi harapan cikgu cikgu untuk buat kerja. Mungkin sebab kami semua dah besar. Dan jumlah pelajar tingkatan 6 tak ramai. heh lebih 2 orang ja dari enam atas ==''



cerita dia lani, hari Selasa, kira sehari lepas majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas, kami pengawas pengawas lower 6 diarahkan untuk uruskan majlis jamuan perdana pengawas. naaahhh dan majlis tersebut akan diadakan pada 27 Julai 2011. ya 10 hari lepas tarikh kami diberitahu. 10 hari. 10 hari !



dengar cerita, tahun depan upper six kena jadi fasilitator sukan ==''
lagi satu, saya dah rasa perasaan apabila kertas kerja ditolak. pedih.






ada senior sekolah hantar mesej tanya kenapa dia dengar banyak cerita pasal saya sekarang and I was like



macam mana you tahu ni ? 





semua pengawas lower six tengah buat perangai sekarang (tak nak siapkan homework segala dengan harapan cikgu lucutkan jawatan kami) ceh padahal duk kalut siapkan homework serupa tu jugak. haha


serius letih jadi pengawas. nasib baik ada beliau yang setia bagi kata kata semangat :')

No comments: