17 August 2017

Shell Out di Rumah

Trend makan shell out apabenda ni famous masa saya tengah belajar lagi mungkin dalam 2 ke 3 tahun lepas. Tapi saya baru dapat cuba makan masa dekat Deco Cafe Aman Central, Alor Star eii orang dah tak makan pun tapi kami baru nak cuba hahaha !


Last week saya ikut family Muhammad Adzeem ke Langkawi. Beliau ada conference di sana, so ambik kesempatan sambut birthday beliau. Bila dah sampai sana barulah mama beliau bagitau nak buat shell out keesokan harinya. So we went to the market beli barang apa semua.


Apeni nak cerita pasal pergi langkawi ke nak cerita cara buat kuah shell out ??


Ok mula-mula sekali, sediakan bahan untuk buat kuah dia dulu. Sementara kuah tengah masak dekat, dapur sebelah boleh la rebus segala mak nenek seafood.



Cara-caranya :

  1. Panaskan butter dan sedikit minyak masak, Tips ! Untuk elakkan butter jadi hangus, tambah minyak masak ok. Tumis bahan B sampai naik bau.
  2. Masukkan bahan A, masak sampai garing dan pecah minyak tau. Masak lama-lama supaya cabai tu semua masak dan tak sakit perut. Tambah air ikut suka awak nak cair ke pekat.
  3. Tambah bahan C. Adjust ikut citarasa. 
  4. Alamak tu je ke ? Senangnya..




Tapi itulah kan, takkan hampa nak makan kuah ja. Mesti la kena rebus seafood jugak. Bahan yang saya guna ialah ketam, udang, sotong, dan lala. Didihkan air dalam pot, rebus jagung dan broccoli dulu supaya depa dua ni tak serap air seafood nanti pastu rasa aneh. Kemudian boleh la rebus seafood ikut kumpulan masing-masing. Sebab masa untuk merebus depa ni berbeza, macam sotong dengan udang cepat je masak. Tapi kalau dah malas, campak jelah semua sekaligus. 




Akhir sekali bentang kertas minyak, atau apa-apa jenis alas yang tak serap air/minyak. Kemudian tuang aje semua seafood, curah kuah. Dah siap ! Boleh jugak kalau nak goreng sekejap seafood dan sayur tu dengan kuah yang kita buat mula-mula tadi. Benda ni limitless tau, hampa boleh bubuh any seafood or sayur apa yang hampa suka. 

Selamat mencuba ! 

2 comments:

Zie Azi said...

sedapnya.. tiba2 teringin nak makan..hahaa
lately ni rami yg citer psal shellout

Juls Julie80 said...

salam ziarah & tq singgah drop komen kat blog kite..selamat berkenalan yer.. paling penting, kite dah follow awak & kite adalah follower nombor cantik 666.. hahaha <3