12 January 2017

Sangkaya Steamed Bread / Pandan Coconut Custard



Assalamualaikum !


Hai kawan-kawan ! Jadi ini adalah entri pertama saya di tahun 2017. Hari ini saya nak kongsi resepi Sangkaya Steamed Bread yang macam awak awak semua dan saya makan dekat Boat Noodle. Eleh tipu je kalau pi makan tak order satu dua set benda ni lepastu makan guna chopstick. 

Masuk Boat Noodle tak sah kalau tak order Sangkaya, walaupun dan makan nasi lah, mee dia lah, mesti nak jugak kena ada sangkaya sebab apa kawan-kawan ? Sebab tamak. 

Lepastu haritu ternampak dekat discover IG resepi benda ni ek eleh senang gila buat dia terus tak fikir panjang rembat dua buku roti benggali dekat Tesco yang berharga RM1.80 setiap satu. Senang ja buat. 10 minit ja dah siap. Macam saya buat cara ekspres, takyah blend daun pandan, pakai ja esen pandan hehehehehehhehee. Tapi kalau nak lagi wangi dan original sebab tetiba daun pandan merimbun dekat kawasan rumah hampa, hampa boleh la ikut cara-cara kat bawah ni.



Bahan-bahan yang hampa perlukan. 

  1. Kisar daun pandan dengan sedikit air, tapis. 
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama telur, santan, tepung jagung, gula perang, dan sedikit pewarna hijau. Kacau dulu semua sampai larut baru buka api tau. Lepastu masak dengan api yang perlahan. Kacau sampai pekat dan tadaaa ! Dah siap. Kejap ja tau dia memekat.
  3. Boleh tuang susu cair atas kastard masa hidang dengan roti.
  4. Roti tu pulak, potong ikut suka lepastu kukus. Kalau kukus dulu kemudian potong nanti lembut susahlah nak potong kan ?


Ha senang ja kan ? Boleh la pi buat lani lepastu komen dekat bawah, "Hai Alia, saya dah buat ikut resepi yang awak share !"


No comments: