It has been 4 days since my birthday, which is so blissful to me. Alhamdulillah. Terima kasih, tuhan. One year older, one year wiser. Sepanjang 20 tahun ini saya hidup dengan penuh kasih sayang, kasih sayang yang terlampau banyak dari semua orang. Dari kecil ditatang bagai minyak yang penuh, dipenuhi segala permintaan, diberi segala yang diimpikan.
Bila saya tamat menduduki SPM, terus ayah daftarkan ke sekolah memandu; motor dan kereta, ayah bayarkan semua. Ayah belikan saya sebuah skuter untuk memudahkan pergerakan saya. Ayah bagi kepercayaan bila saya menyuarakan hasrat untuk make-over bilik, beli cat banyak-banyak. Bila saya minat fotografi, ayah belikan saya DSLR, ayah belikan saya majalah dan buku-buku berkaitan fotografi. Bila saya mula pandai memasak, membuat kek, roti dan biskut, ayah belikan buku-buku masakan. Terima kasih, ayah :')
**********
"Mak, English Baby highest dalam kelas tadi."
"Hmm."
Mak tak cakap tahniah pun. Mak bukan jenis memuji anak. Mak bukan jenis cakap I love you / I miss you dengan anak, Mak bukan jenis sporting pasal boyfriend / girlfriend (tapi masih boleh bercerita pasal Muhammad Adzeem), Mak bukan jenis mesra dengan orang yang dia tak berapa kenal, Mak agak pendiam bila bersama orang yang kurang dikenali. Mak jarang join aktiviti yang melibatkan ibu bapa di sekolah walaupun anak dia yang nombor dua ni tiap-tiap tahun naik pentas terima anugerah.
Tapi, Mak tunjukkan kasih sayang dengan cara lain, dengan perbuatan, masakan yang sedap-sedap, doa yang tidak pernah putus. Bila kami adik-beradik dan ayah teringin nak makan apa-apa, semua emak sediakan. Kami sekeluarga paling kurang makan di luar. Saya cerewet, kalau mak masak apa-apa yang saya tak gemar, mesti saya tak makan. Tapi mak mesti dah sediakan lauk lain untuk saya. Terima kasih, mak :')
**********
Malam 23/8, beriya-iya kita ajak Muhammad Adzeem Skype memandangkan esok dan hari-hari seterusnya, beliau tidak berada di rumah kerana perlu pulang ke Johor untuk menyambung pengajian. Kejapnya rasa awak cuti T_T
Lepastu sama-sama buat countdown pukul 12 malam, Tuhan saja tau betapa terujanya Muhammad Adzeem nak call tepat pukul 12 malam sampai tersalah call kakak sendiri. Hish.
Lepastu beliau nyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' diikuti ucapan yang seperti biasa, membuat si macho ini gagal menahan air mata. Kemudian muncul di depan rumah keesokan harinya, segak bergaya, untuk membawa puteri (sayalah siapa lagi :p) keluar untuk menyambut ulang tahun (yeay). Sebelum tu saya bikin grilled chicken chop dengan black pepper sauce, seronok bukan main bila beliau puji sedap. Hehe. Muhammad Adzeem buat coeslow yang beliau sendiri takmau makan. Susahnya laaa beliau nak makan sayur. Pernah satu masa, beliau cakap "Sayur bukan sedap pun. Kura-kura ja yang makan sayur ni"
(-____-)"
Pernah tak awak berlari dari tempat parking kereta ke tingkat atas sampai depan panggung wayang sebab terlambat. Kami berdua pernah. And it was extremely tired. The Smurfs 2 mula pukul 2.45 petang dan kami sampai pada pukul 2.44. Masuk pun dah start hahaha ! Boleh pulak tu masa tengah lari-lari beliau cakap, "Rasa macam dalam Running Man pulak". T__T
Lepastu Muhammad Adzeem jadi sugar daddy kita yeay. Belanja makan sampai tak lalu nak makan dah. Petang, family beliau datang dari Jitra untuk sambut birthday saya hehe. Ok, tak lah. Sebab nak jemput Muhammad Adzeem dan hantar beliau ke stesen bas.
Untuk Muhammad Adzeem, terima kasih untuk buku tu. Laila suka sangat, takpayah la rasa down ka apa sebab tak mampu nak beli hadiah memahal ish orang tak mintak pun. Cukupla ada sayang sorang dah, yang cukup kacak. Terima kasih jugak untuk semua makan minum, tudung bawal pink, baju-baju hehe :D
Untuk Puan Bashah, terima kasih untuk kain pink sulam dengan manik yang super cantik. Ish dah la pink, mana boleh tak suka. Dah tu lepas bukak ja kotak hadiah dari Mama Adzeem, terus sms ke dia cakap lawa sangat tak sabar nak pergi hantar jahit. Tak malu u_u
Untuk Encik Mahadzir, terima kasih belanja makan malam dan tumpangkan balik. Dah la tersasul panggil 'Abah' instead of 'Pakcik' T_T Laila mintak maaf sebab makan tak habis nak buat macam mana sebelum tu Muhammad Adzeem dah sumbat mi kari, nasi goreng, minuman 2 jenis, aiskrim, kek lagi dekat Laila u_u
Untuk angah, (kakak Adzeem) Terima kasih untuk buah strawberry dari Cameron Highland. Dah selamat makan dengan nutella ;)
Azua datang sejurus selepas Muhammad Adzeem pulang, eiii datang lepak dengan kita masa birthday terharunya :') Dah la bagi CD lagu-lagu best yang dia sendiri burn special untuk kita, buat cover ada nama kita lagi, dah tu bagi baju lengan panjang ada reben banyak-banyak dengan kipas warna warni :')
Selama 20 tahun saya bernafas, Alhamdulillah I had a good life; with good family, good friends, good partner, and everything seems so good :)
I am so grateful :)
To Muhammad Adzeem, may Allah give you sabr to deal with me.
To everyone, thank you for the birthday wishes. May Allah bless all of you :)
10 comments:
bukan arnab laa. kura2 laa :P Semoga sentiasa diberkati Allah dan ceria2 selalu, my pewincess :)
alolo2. untung la sambut birthday dgn keluarga bakal mertua. hehehe :)
nak wish kat sini plak lah. hahaha, hpy birthday, semoga panjang umur murah rezeki, hapy slalu
happy birthday =)
Happy birthday ye alia :)
Happy belated birthday Alia :)
Kami lambat wish ! Ishh kami tktau sebenarnya birthday hampa. Haha. Sorry naa. Happy 20th Birthday Alia Laila Isabella ! :) Cewah. Semoga dirahmati Allah selalu. Be a good girl. And nanti kahwin dengan Adzeem jangan lupa jemput pulak. Hihi. Stay pretty !
Alia :) happy belated birthday.segannya ada 'belated' pulak.maaf ;(
semoga dirahmati Allah selalu :)
Happy belated birthday, Alia Laila :)
May Allah bless you always. Stay pretty ya.
Happy belated birthday, Alia Laila.
May Allah bless you.
Stay pretty ya :)
sweetnyer.happy belated bday yea dear.moga segala apa yg di impikan akan tercapai. bertuah ramai yg sayang :)
Post a Comment