10 May 2012

Genap setahun :)



Sebenarnya sudah lama saya ingin cerita kepada anda, anda dan juga anda yang sedang mengorek tahi hidung itu, haipp jangan calit merata pasal kekasih hati nombor dua saya. Mohon jangan tanya kekasih hati nombor 1 itu siapa. Kalau tidak, haa ini makan dieeee *tunjuk penampar*



Bila sudah memasuki bulan Mei, maka genap sebulan saya dan dia bersama. Dia tabah, sanggup berpanas malah pernah berhujan serta berdingin bersama saya dalam suhu yang sangat rendah sampai sentiasa minta dipeluk agar rasa sejuk itu hilang. Manja betei awok ni :>





Ingat dak dulu kita pergi tengok sunset sama-sama dekat Tasik Kulim ? Hiks. Lepastu dah nak maghrib, kita berjalan ke skuter kuning diraja. Haipp bukan berdua ja. Dengan Faridah dan Fauziah. Sebelum tu kita makan rojak dengan ais kacang dekat food court tepi tasik tu. Tapi awok tak makan. Sakit gigi. Hmm.





Haa ini gambar yang awok ambik. Saya tahu awok takut air tasik. Kalau jatuh, memang lemas lah. Awok gayat duduk atas besi lubang-lubang tapi awok ikut jugak sebab taknak saya kecewa ceh padahal awak yang pegang tangan saya taknak lepas kihkih. Kita tengok orang memancing lepastu kacau pancing dia mana tau kot-kot ada ikan tapi tuan dia missing in action kejap pergi mana entah curi joran kang padan muka.




K. Sebenarnya nak cerita pasal hubungan saya dengan kamera LOL.




  
Credit la dekat 1000D Shazrul and and anddd speedlight dia :)



Dulu masa mula-mula dapat D3100 teruja bukan main lagi haa sampai buku manual tak lepas lepastu asyik tanya macam-macam soalan dekat Muhammad Adzeem padahal sebelum ayah beli lagi dah tanya macam-macam dekat dia eh macam tahu-tahu ja ayah nak beli hehe.



Kalau hampa perasan yang saya duk tulis Si Hensem tu, yes, inilah dia. Sebab dulu masa tunjuk dekat Muhammad Adzeem kamera ni, terus dia cakap hensemnyaaaa :D Maka Nikon D3100 tersayang diberi nama Si Hensem pehh nama tak komersial langsung ceh biaqlah. Memang ada orang pesen suka bagi nama dekat barang pun LOL.





Haa sayangnya saya dekat awok sampai bila bergambar dengan Muhammad Adzeem pun saya masih nak letak awok atas riba saya walaupun Muhammad Adzeem suruh letak bawah. Jeles lettewwww.


Ingat masa saya dan Muhammad Adzeem keluar pergi tebus baucer bersama. Di kedai buku, tempat pertama yang dia tuju ialah rak majalah. Terus capai semua majalah fotografi yang ada. Haihhh. Lepastu boleh pulak cakap, 

Gambaq ni senang ja nak buat
Eh awat depa tak ajaq buat benda baru ? 
Awat buku ni takdak tutorial ? 

*Berlalu meninggalkan beliau dengan majalah-majalahnya.* Wey memang guna baucer beli majalah fotografi ja.






Sebenarnya awok dah tolong saya ambil banyak gambar. Terlalu banyak sampai ayah belikan external hard disk warna putih yang sama macam Muhammad Adzeem ish sama lagi untuk memuatkan semua gambar tersebut.



kalau keluar dengan Muhammad Adzeem, pulas lensa sama-sama, (acececey) mesti dia akan kata, 

Cuba ambik gambaq tu. 
Ni, cuba ambik gambaq ni. 
Nuh, tengok nuh, cuba ambik gambaq tu tengok. 

Well, saya ada cikgu peribadi LOL lagi.



12 bulan pertama ini, saya tak pernah rasa saya dah jadi gelpreng yang sempurna untuk awok. Sangat banyak kekurangan yang saya perlu baiki. Masih banyak yang perlu dipelajari. Tapi percayalah, jika satu dunia pun menentang awok dan mengatakan bahawa D7000 Muhammad Adzeem lebih vogue de vass  kerana mempunyai dual card slot sekalipun, saya, akan tetap bersama-sama awok. Me and you, against the world kan ? *usap kamera*



Dan saya berharap moga saya dapat sematkan lensa Nikon 10.5mm f2.8 Fish eye pada awok suatu hari nanti.
  


4 comments:

cikghah said...

kenapa buat entry ni? jeles tau dak :/

eyjalukman said...

cantiknyee gmbr2 alia amek :) ni bole jd pro photographer in future :)

Ryna Tri Asmara said...

congratulations alia ! :) semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. hehehe~ and semoga banyak menghasilkan babies ... eh ... hasilkan gambar yang cantik² :) hihihi~ <3

Unknown said...

Untungler dua2 org minat fotografi. <3