- Teruja dengan markah speaking untuk MUET sampai tak sedar dah ter-cerita dekat Ajim sebanyak 2 kali. Pehh pehh. Yang hang tidur masa listening test lepastu terjaga terus isi semua tempat kosong, terus hantar dekat teacher tanpa semak tu tak pulak hang cerita kan.
- Menang pertandingan pentomen, Alhamdulillah :)
- Tak sedar semalam dah masuk 1 Mac ingatkan masih di bulan Februari tsk tsk teruk sangat study sampai tak sedar dah masuk bulan 3.
- Main cak kun cak dengan adik Syafiq di kantin pada waktu balik boleh hilangkan stress semasa roll call pengawas.
- Tahun ini tidak akan ada jamuan pengawas. Sebaliknya, kami akan dibawa bercuti ke Tasik Banding selama 3 hari 2 malam. Jom memancing. Jom naik bot. Jom buat senior jealous.
- 2 hari tak sembang dengan Ajim sebab sim card dia kena reject. Kesian. Sampai kena outing pergi Maxis centre tanya apa masalah. Tsk tsk. Thayalan cakap baguslah tak sembang hari-hari. Nanti lama-lama taktau nak cakap apa pulak -,-
- Nida belanja KFC untuk kami semua :)
- Apakah alternatif yang boleh digunakan bagi menggantikan sudu untuk makan kentang putar KFC ? Fauziah ada jawapannya. Tulang ayam.
- Ais ABC dekat Restoran Bonda lembut macam salji kemudian ada 4 variasi warna di bawahnya. Kongsi ABC dengan Fauziah. Comel.
- Ingatkan abang Suhana jual ais blended macam coolblog atau each a cup. Rupanya shisha. Faridah, diam.
- Oh ya. harini Ajim pergi Alor Star untuk main paintball. Boleh pulak pagi-pagi tadi dia cakap, tak sabaq aih nak tembak orang. Okay -,-
- Eh pakai baju oren sama-sama secara kebetulan memang comel pun.
- Esok sekolah. Ahad sampai Khamis ada Ujian 1. K.
Nasib baik ada Sam Tsui :)
2 comments:
gelang ladybird tu lawa ha.
mata merah ala-ala pink tu ohsem.
warna hijau dekat ais kacang tu macam cili :)
nasi dengan lauk tu nampak sgt sedap
ha, bgtau cepat. berapa markah speaking?
Tasik banding tu tang mana?
kotak pensel zip byk tu mcm ghah punya dulu. hehe
Safe & Sound by Taylor ft The Civil Wars ♥ That song is so flawless!
Post a Comment