02 March 2012

Memasuki bulan 3.




  1. Teruja dengan markah speaking untuk MUET sampai tak sedar dah ter-cerita dekat Ajim sebanyak 2 kali. Pehh pehh. Yang hang tidur masa listening test lepastu terjaga terus isi semua tempat kosong, terus hantar dekat teacher tanpa semak tu tak pulak hang cerita kan. 
  2. Menang pertandingan pentomen, Alhamdulillah :)
  3. Tak sedar semalam dah masuk 1 Mac ingatkan masih di bulan Februari tsk tsk teruk sangat study sampai tak sedar dah masuk bulan 3.
  4. Main cak kun cak dengan adik Syafiq di kantin pada waktu balik boleh hilangkan stress semasa roll call pengawas.
  5. Tahun ini tidak akan ada jamuan pengawas. Sebaliknya, kami akan dibawa bercuti ke Tasik Banding  selama 3 hari 2 malam. Jom memancing. Jom naik bot. Jom buat senior jealous.
  6. 2 hari tak sembang dengan Ajim sebab sim card dia kena reject. Kesian. Sampai kena outing pergi Maxis centre tanya apa masalah. Tsk tsk. Thayalan cakap baguslah tak sembang hari-hari. Nanti lama-lama taktau nak cakap apa pulak -,-
  7. Nida belanja KFC untuk kami semua :)
  8. Apakah alternatif yang boleh digunakan bagi menggantikan sudu untuk makan kentang putar KFC ? Fauziah ada jawapannya. Tulang ayam.
  9. Ais ABC dekat Restoran Bonda lembut macam salji kemudian ada 4 variasi warna di bawahnya. Kongsi ABC dengan Fauziah. Comel.
  10. Ingatkan abang Suhana jual ais blended macam coolblog atau each a cup. Rupanya shisha. Faridah, diam.
  11. Oh ya. harini Ajim pergi Alor Star untuk main paintball. Boleh pulak pagi-pagi tadi dia cakap, tak sabaq aih nak tembak orang. Okay -,- 
  12. Eh pakai baju oren sama-sama secara kebetulan memang comel pun.
  13. Esok sekolah. Ahad sampai Khamis ada Ujian 1. K.









Nasib baik ada Sam Tsui :)



2 comments:

cikghah said...

gelang ladybird tu lawa ha.

mata merah ala-ala pink tu ohsem.

warna hijau dekat ais kacang tu macam cili :)

nasi dengan lauk tu nampak sgt sedap

ha, bgtau cepat. berapa markah speaking?

Tasik banding tu tang mana?

kotak pensel zip byk tu mcm ghah punya dulu. hehe

Siti Maisarah Zulhaimi said...

Safe & Sound by Taylor ft The Civil Wars ♥ That song is so flawless!