Alhamdulillah setelah rasukan malas ablasa saya hilang, saya berjaya siapkan kad pelajar Pra-U.
Eh kenapa hang yang kena buat ?
Ya saya pun tak tau kenapa saya yang kena buat sedangkan ini tugas setiausaha Persatuan Pra-U. Hmm I'm the choosen one. Mwehehehe
Masa saya diarahkan (ceh diarahkan) untuk buat kad ni, memang dalam hati dah macam gfredscvk kenapa saya yang kena buat sedangkan tugas saya sebagai setiausaha pengawas pun dah cukup sibuk dah. Masa tu pulak, kami ahli exco sibuk dengan persiapan jamuan makan malam perdana pengawas.
Saya berjumpa dengan Puan Rosmani, bertanyakan tentang perkara ini.
: Cikgu, kenapa saya yang kena buat ?
: Kamu yang paling comel dan baik hati serta rajin membuat kerja, sebab tu cikgu pilih kamu.
Ok. Saya tipu.
Depan.
Eh letak pi lah muka Faridah omey omey. Nanti boleh bodek mintak dia buat sandwich tuna Ayam Brand.
Berbekalkan suara serperti emak singa dan cuma duduk di tempat duduk asal sambil menghadap laptop, saya tanya semua yang hadir. Maka, berkat kekerutan muka selama hampir sejam, saya siap key-in semua maklumat yang perlu tertera pada kad, seperti nama dan nombor kad pengenalan dalam masa sehari. Hebat gila.
Kenapa tak mintak dekat guru kelas. Saya segan. *tutup muka dengan tudung sekolah*
Belakang.
Tahukah anda bahawa semua data ini sudah terperap di dalam external hard disk putih kesayangan saya selama berbulan bulan lamanya. Kawan-kawan kelas tak bagi print awal-awal sebab nanti depa bagi hilang. Jadi, mereka semua mahu kad ini dipakai pada tahun 2012. Elok sangat.
Sebab saya buat kad ni untuk semua pelajar Pra-U. Jadi kalau ada terpotong senget ka apa ka, tolong maafkan mata tua saya. Tsk tsk T_T
Kami semua sepakat pilih warna ungu sebab ramai suka ungu. Ok tak. Kalau saya, mestilah nak kad warna pink. Tapi sebab Faridah berkeras nak warna ungu dan disokong oleh golongan majoriti, maka saya beralah. Perlu ka cerita ini ? Mestilah perlu supaya orang tahu saya baik hati.
Bestfriend haruslah pakai tudung sama warna. Kak Lia pergi main jauh-jauh.
Ada jugak yang liat bagi gambar walaupun saya dah mintak banyak kali.
Yusuf ni handsome sangat. Maka dengan itu dia susah nak bagi gambar.
Kalau taknak bagi jugak, aku buat macam ni lah dekat kad hang. Okay noh Bang Cop ?
Nanti pergi jumpa pengetua, mintak dia tanda tangan semuaaaaa kad ni.
Kalau taknak bagi jugak, aku buat macam ni lah dekat kad hang. Okay noh Bang Cop ?
Nanti pergi jumpa pengetua, mintak dia tanda tangan semuaaaaa kad ni.
Yeay Kak Ainie nak tolong saya laminate semua kad ni nanti :D eh macam sia-sia pulak dia bagi laminating pouch film tu dulu T_T
Satgi saya kemas. K. Satgi k.
1 comment:
buat satu kat jihah boleh dak.? nanti nak pi main bowling murah ^_^
Post a Comment