10 May 2011

#iAmBudakSekolah




jadi ramai yang dah tahu hari ni saya pergi mendaftar tingkatan 6 dekat SMK Keladi. pagi tadi baru tergedik gedik seterika baju sekolah T_T


indah rasa dunia sebab pergi ke sana dihantar serta dijemput oleh abang dengan kereta berhawa dingin. tak sanggup nak pergi sana naik skuter kuning diraja sebab sesak gila waktu balik kat situ. tempat parking motor mengamalkan sistem siapa cepat dia dapat. kalau hampa lambat kena parking bawah pokok.


hari ini sampai 12 Mei ialah minggu orientasi. kami budak-budak (budak lah sangat kan) tingkatan 6 bawah diwajibkan masuk koir sempena hari guru. buat persembahan nyanyian solo (bukan saya), kad ucapan hari guru, pidato dan syarahan (pengsan) khamis ni ada gotong royong. kena bawak pokok bunga sorang 1 untuk disemai kat sana. ambik orkid mak boleh ? :P






terkena culture shock. sekolah baru, suasana baru. cara kehidupan pun berubah secara mendadak. tak pegang buku sekolah 5 bulan wehh. duk online 24/7 ja kan. tiba tiba nak belajar semula dah. oh ya dekat sekolah saya ada bacaan doa 3 kali. pagi masa assembly, lepas rehat dan masa balik. unik :) tradisi turun temurun kata pengetua. haa beliau pengetua baru tahun ni. dan dan dan beliau bekas pengetua SMK Taman Kenari 2005. ceit saya masuk 2006 lah. SERIUS SAYA SUKA CARA DIAAAA :D 


tak faham kenapa cikgu asyik duk puji upper 6. kepada KP, Abang Amir. sorry saya tak gelak masa abang bagi ucapan sepatah dua kata tadi. Saya tak rasa lawak abang tu kelakar. Dah la layan kami macam budak budak tingkatan 1. comelnyewww :P 


esok pergi sekolah dengan menunggang skuter kuning diraja. saya dah 17 tahun 9 bulan. rasanya perkataan dependency perlu dibuang dari kamus hidup saya. takmaulah susahkan abang dah (adik yang baik). cuak sebab nak kena harungi lalulintas yang sesak pada semasa pulang. insyaAllah semuanya baik baik ja esok dan setahun setengah akan datang :) 
*jangan duk buat heran kenapa saya makin gelap lepasni. diam.






 ku tahu kau rindu :">







7 pagi sampai 2.05 minit petang ialah waktu persekolahan saya. tolong jangan rindu rinduan.

8 comments:

adzeem mahadzir said...

harap2 suara lunak merdu macam maddi jane ;P
gelappp lahh sangatkan BUDAK CINA ;P

Kyril said...

wahhhh
msti syok pkai bju skolah
dlu time skolah, mmang mlas glar p skolah
tp bla dah abis SPM, gedik nak p skolah blek :D

Shahrizat Ahmad said...

alia..belajar tol2..catch up semua yang dibelajar masa lower six ni..tak de mase nak honeymoon lagi..apa2 pun selamat kembali menjadi budak stokin...hehe

Alia Laila said...

@adzeem mahadzir ehem maddi jane nangis kot kalau dengar :P
tudiaaaaa PERLI ! dasar budak cina ==''

Alia Laila said...

@Kyril syokk. rindu nak pakai baju sekolah ! #ehsamalah dulu masa sekolah malas nak pergi. lepas dah tak sekolah gedik2 nak sekolah semula :D

Alia Laila said...

@IJAT360 abg ijaaaaaatttt ! thank you. insyaAllah alia ingat pesan abg tu :')

Hadi Halim said...

awat sume dok komen nie...aku nk komen gak..budak skolah,tak penat kan nek tangga blok form 6 sebab ada 3 tingkat je..( ke 2??..tingkat bwh,tingkat tengah n tingkat ats...3 la tu..haha)
apasal dya nie??.. =.='

Alia Laila said...

@Hadi Halim terkejut aku weh kelas aku kat tingkat 3. T_T
takpa2. boleh kurus :P