16 April 2012

Ekspedisi Mendaki Gunung Jerai


13-15 April 2012.

Sudahlah, baca tajuk pun dah tahu penat tambah-tambah saya yang mendaki *tepuk-tepuk dada*. Alhamdulillah, ekspedisi berjalan seperti yang dirancang dan mendapat sambutan yang menggalakkan haha awatnya ayat dah macam laporan peserta dalam buku log pengakap. K dah.




Sesampai ja kami dekat sana terus jumpa dengan cikgu yang asyik jerit-jerit guna hailer serius meluat. Garang gila ish tak suka. Masa sampai, dia terkejut sebab jumlah kami sikit sangat. Pengakap kelana sekolah saya yang jadi urus setia cuma 14 orang dan kami nak kena uruskan peserta yang berjumlah hampir 400 orang. Boleh pengsan sekarang. Kira 14 orang urus setia saja lah yang mengurus semua peserta. K.

Mak kalau tau saya basuh periuk belanga kuali kawah pinggan 6 bakul penuh dan semua cooking utensils mesti menangis terharu neh. 




Sebenarnya pengakap kelana SMK Keladi (Form 6 semuanya) jadi urus setia ekpedisi ni jadi kami tak mendaki. Kami dibawa naik ke atas dengan menaiki van hahaha sewonoknyeww tak payah berpeluh peluh panjat gunung Jerai. Peserta berlepas lepas solat Jumaat, pukul 2.30 dan sampai pada 5:30 petang ish ish tak dapat bayang kalau saya yang mendaki mesti makan masa lebih lama T.T




Memang kawasan tu berkabus tapi taklah sentiasa tapi selalunya memang sentiasa berkabus woi apa ni cakap macam keling. Sejuk dan tenang sampai rasa taknak balik, nak terus ber-camping dekat situ seminggu lagi haha gedik padahal malam pertama dah mengadu nak balik sebab bila tidur kena tendang dengan Faridah kemudian tak tahan mandi air sejuk hoi mengada.




Memang senang nak cari urus setia. Semua pakai baju kuning. Lepastu kami dah rancang siap-siap, hari kedua dan ketiga pun pakai baju serupa jugak hihi comel betul.




Nice pose, Izwan.




Ni kawan baru. Nama dia Cik Monmon (singkatan bagi monyet). Kadang-kadang comel, kadang-kadang tak sebab duk ligan kami yang perempuan ni sambil buat muka bengis. Ingat hensem ah tu. Pirahh. Buat malu ja kami lari bertempik sana sini. Ish.




Ni best, tempat untuk ber-bbq yang comel. Sambil membayangkan ada ikan bakar dan ayam bakar ditambah pula dengan air asam.




Lepas siap susun barang, kami dilepaskan untuk solat zohor. Lalu dekat kawasan hutan lipur lepastu sampai dekat kawasan kolam dengan sungai (Adzeem dah cerita masa sembang dalam telefon sehari sebelum pergi hehe). Memang cantik. Dekat hujung sungai, hampa boleh nampak pemandangan macam yang dekat atas ni :)





Kami masak nasi guna kawah. Lepastu (eh banyak betul guna lepastu nampak sangat vocab tak wide langsung) bila beras dah kembang, cantik wey. Semua macam whoaaa whoaaaaaa jakun ;D




Selain daripada memotong bawang sehingga mengalirkan air mata dengan deras sehingga ditawarkan tisu oleh siapa entah saya tak ingat, serta tugas yang paling mencabar bagi saya ialah mengasingkan kepala ikan bilis dari badannya, saya turut menjadi tukang ceduk nasi dan lauk pauk serta penuang air kepada adik-adik. Ya adik-adik. Walaupun umur 16 tahun tapi semua lagi tinggi dari ahkak yang berumur 19 tahun. Mengapa ?


Petang, hari kedua, masa peserta pergi daki gunung, kami semua pergi mandi sungai. Air sejuk macam mandi air ais. Syiok wey rugi woo tak pi.




Gambar mandi tak boleh lah upload sebab semua macam phewitt seksi semuanya, jadi nah gambaq ayaq terjun dengan slow shutter. Saja nak tayang dekat Adzeem *batuk-batuk*




Buku log peserta. Semua disemak k, semua.

Hari terakhir, bangun pagi setelah dengar bunyi bising heh sentiasa bising sebab ada cikgu-cikgu yang tak tidur, tukar giliran berjaga malam tapi saya tetap tidur dengan nyenyak walaupun malam tu ada kejadian yang tak berapa best. K, faham lah kan tempat-tempat cenggitu mestilah ada.. err.. K. Ada orang kata, 'dia' nampakkan diri dia sebab ada peserta dah ganggu tempat dia waktu maghrib. K, seram k. Seram sebab saya, Faridah dengan Fauziah pergi main gegedik buat light trail dekat tempat gelap berdekatan tempat kejadian pukul 11 malam. 


Peserta dilepaskan turun ke bawah pada pukul 10 pagi, kami turun 40 minit lepas depa berlepas ya dengan menaiki van. Boleh pulak tu saya bertindak kejam dengan melambai ke arah peserta yang termengah-mengah hahahahaha jahat betei.




Sekumpulan kekanak baju merah tu adik-adik Adzeem hihi :>





Jumpa lagi dekat jambori pengakap nanti :)


2 comments:

cikghah said...

Rugi ooo tak naik sendiri. Time tu la nak jumpa binatang buas-buas. haha. Tipu ja. Last jihah pi masa Form 3.

Time Traveller said...

Teringin nak naik gunung jerai :D
Susah tak? huhuhuuu...