25 June 2011

kecuakan terserlah




Cerita dia macam ni. Esok, sekolah saya jadi tuan rumah untuk English Drama Competition, Daerah Kulim. Dipendekkan cerita, saya diarahkan untuk jadi madam chairperson ceh ceh ceh dan berpasangan pulak dengan Faesal budak kelas 6R2 yang selalu saya panggil dia waiter sebab dia pakai seluar atas pusat lepastu ikat tali leher rapat dekat leher gilalah skema HAHAHA 



Sudah hampir 2 bulan bersekolah disitu, hampir setiap hari bertembung dengan dia di sekolah sebab duduk satu blok tapi baru hari ni kami bertegur sapa itu pun sebab Sir Tan mintak saya ber-partner dengan dia.  



segan gila sembang dengan orang yang dapat A+ untuk BI. Kalau tersalah pronounce depan dia macam mana. Best kot sembang dengan hang Faesal oi. Dia gelakkan saya bila saya sebut OMG. tahulah saya comel. Jadi esok, kalau nampak saya asyik berada dengan dia saja, anggap itu sekadar menjalankan tugas semata-mata HAHAHA :P



dulu masa kali pertama jadi emcee bersempena program pelancaran hari koperasi pun saya tersasul pergi sebut Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari sepatutnya SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KELADI. Malunya masa tu Allah saja yang tahu. Bertambah rasa malu apabila terdengar gelak tawa penonton. Rasa malu berganda apabila Ketua Pengawas pulak yang datang tegur *tsk rasa nak teriyak tau dak T__T 



Jadi, tolong doakan semoga saya dapat jalankan tugas dengan baik esok mengaku saya cuak gila. Doakan jugak supaya cikgu-cikgu yang masuk kelas tak mengajar dengan banyak sebab saya tak mahu ketinggalan dalam pelajaran :(








Jangan risaukan saya. Saya okay :3 banyak betul mesej yang manusia-manusia comel tinggalkan dekat Facebook tanya pasal kesihatan saya, pesan mintak saya belajar rajin-rajin, mintak saya jaga diri apa semua. Terima kasih. Terharu gila :") Cuma sekarang sibuk dengan sekolah. Tak sempat nak balas mesej-mesej tu semua. Wall post pun tak sempat nak komen. Maaf.



Untuk adik-adik Puteri Islam Kenari tersayang ceh ceh ceh








Kawad elok-elok hari Isnin nanti. Jangan bagi KRS atau PBSM yang menang. Buat betul-betul masa hari pertandingan nanti. Kalau rasa kaki tak sama, cepat-cepat buat tukar langkah. Timing kuat-kuat kalau tak nak salah kaki. Terus denda semua orang kalau ada seorang yang buat salah. kejam. Ada masa lagi, berlatih lagi gigih na :") 



Eh kejap. Nak tunjuk ini.








*malu-malu*

Assalamualaikum.

No comments: