Entry ini sangat panjang sebab banyak sangat benda nak tulis dan banyak sangat gambar nak letak hehe. Jadi awal bulan November, saya dan kawan-kawan sekerja plan untuk ambil cuti bersama dan pergi bercuti. It was very unexpected ! Dengan tidak semena-mena saja kami sampai ke Melaka haha !
Asalnya tengah duduk breakfast dengan Afifah lepastu dia cerita yang dia nak pergi bercuti ke Langkawi dengan Nisa. Terus saya nak join, tapi ajak Nazifa jugak sebab malu hihi. Lepas semua dah dapat lampu hijau dari mak ayah masing-masing, kami pun mula mengatur tarikh dan tempat yang nak dilawati, makanan, water sport activities sekitar pantai.
Lepas check in, rehat kejap kemudian terus keluar semula sebab lapar sangat tahap boleh makan dua pinggan nasi. Sebab Melaka begitu significant dengan asam pedas, so we decided to have our late lunch dekat Asam Pedas Claypot Kota Laksamana 1. Ada asam pedas pari, kembung, tenggiri ! Sedap dan pekat cuma tak pedas bagi seorang yang suka makan pedas macam saya.
Kemudian kami ke Big Bowl Ice yang begitu hampir dengan restoran asam pedas tadi. Kami pilih Milk Snow Ice With Mangoes + Ice Cream, dan Chocolate Snow Ice With Choco Grains + Peanuts. nama panjang betul. So yang mango tu sangat sedap dan tak manis, rasa sangat refreshing ! While the chocolate one rasa manis like really sweet which lead us semua jadi hyper malam tu. Kah !
Lepastu kami ke Menara Taming Sari tapi takda orang so semua taknak naik. Kami berjalan ke Mahkota Parade sebab Nisa nak beli tudung ! Datang Melaka tak bawak tudung langsung k. Busy betul semenjak bertukar kerja sampai tudung pun tak bawa. Lepastu Nazifa bawa kami berjalan jauh menghayati keindahan malam di Melaka.
Semua salah Nazifa mentang-mentang dia dah biasa dengan jalan dekat Melaka sebab 3 tahun menghuni bumi Melaka sebab belajar dekat situ. Kami pulang selepas makan McDonalds di Dataran Pahlawan.
Ok semua dah bersiap nak keluar !
Eii nak keluar pun lambat tau. Sebab asyik nak ambik gambar ja.
Ok semua pandang roti canai masing-masing sembil marah dekat Zaty bila boleh start makan are you done taking photosssszz
We had our breakfast dekat Roti Canai Kayu Arang ! Memula semua orang dalam kereta be like, eh apa ni ramai sangat ni, kenduri kot ? Jalan depan sikit lepastu semua jerit macam kena histeria sebab dah jumpa roti canai kayu arang ! Customer service terbaik dekat sini haha ! Ada macam-macam jenis pilihan roti canai dan orang sangat ramai.
Kami pun duduk dekat tempat tak berbumbung macam tetiba ada extra meja dekat luar teduhan bumbung. So orang cakap rasa dia sama ja macam roti canai pakai dapur gas, cuma istimewanya dekat sini teknik memasak dia saja yang berbeza. And please expect some delay sebab orang ramai sangat ok. Ada juga breakfast lain selain roti canai. Nasi lemak dan kuih muih pun ada.
Lepas saja makan, kami ke Freeport A'Famos Outlet yang terletak di Alor Gajah. Semua mengantuk k dalam kereta lepas makan roti canai kayu arang like seriously semua orang mengantuk ! Haha !
Jadi orang kata tempat ni lebih kurang macam Johor Premium Outlet versi hambar sebab takda orang.
Mungkin orang belum gaji dan kami pergi bukan pada hujung minggu. Tempat ni sangaaaaatt besar dan luas lecak weh ketiak berjalan kat sini. Mungkin kalau ada duit yang berkepuk taklah rasa penat lol takda kaitan.
The famous coconut ice cream !
Asyik duk nampak ja orang post gambar aiskrim kelapa pulut ni dekat Instagram sempena Thai Food Festival. Tapi belum berkesempatan pergi merasa. Masa Thai Food Fest berlangsung di Kulim, saya tak berpeluang pergi pun haha tetiba dekat Melaka pergi pulak ?! Thai Food Fest dekat Melaka ni diadakan di MITC. Kami pun beli la makanan dekat Thai Food Fest ja untuk makan tengah hari.
Dari MITC terus balik MasBro Village sebab semua nak terjun kolam ja masing-masing. Walaupun pukul 2 petang ok. Lepast semua bising eh awat aku hitam ha padahal sendiri main panas. Disebabkan kami pergi bukan masa musim cuti sekolah dan bukan pada hujung minggu, jadi tak ramai pun pengunjung dekat MasBro ni. Nak mandi swimming pool pun selesa.
Cuba teka siapa datang ke Melaka dari Batu Pahat sebab nak naik The Shore sama-sama ?!!!
Hehehe.
Tiket The Shore Sky Tower berharga RM 25 seorang dan hampa boleh tengok pemandangan cantik sekitar Melaka ! Orang cakap kalau datang malam lagi cantik tapi itulah, masa tak mengizinkan (eleh tetiba). Lepas buat payment, hampa akan dapat 5 keping poskad !
Muhammad Adzeem ni jenis suka memaksa ye kawan kawan. He purposely bawak dua cermin mata hitam supaya saya pakai satu for the sake of picture ! Tapi dia kasi pinjam yang bingkai dah senget. Yang dia punya elok ja =_=
Oh wow so fat.
Tapi kita tak dibenarkan untuk ambil gambar dekat lantai kaca tu T_T Kena pakai kamera dekat situ saja, assist by orang depa la (you have to pay for it and it is quit costly). Ambik gambar curi-curi pun kena marah wuwuu senangnya buat duit.
TAPI GAMBAR DEPA AMBIK TU CANTIK LA MENYESAL PULAK TAK BERGAMBAR DEKAT LANTAI KACA TU JOM LAH PERGI LAGI
Kami duduk atas tu lama sangat ok sebab Zaty asyik cakap kita bayar mahal ! So kita kena la spend masa lama-lama baru rasa berbaloi !
Ala lapar semula masa menaip..
Dah malam semua orang lapar tahap boleh makan dua pinggan nasi tapi saya tak buat la (sebab ada Muhammad Adzeem) jadi kami ke Wong Solo untuk makan malam. Habis saja makan, terus Muhammad Adzeem pulang semula ke Batu Pahat ha tu la slide presentation tak siap lagi takleh ikut kami naik river cruise.
Kali ketiga saya menaiki Melaka River Cruise. Hari hujan masa kami pergi lepastu bot asyik berlanggar dengan ombak kecil lalu air hanyir tu semua terpercik banyak gila kot dan sangat berbau u__u
Even dalam bot tu pun ada air bertakung habis kaki seluar semua kena tsk tsk.
Hari terakhir kami di Melaka. Walaupun lewat check out dan tak extend hour tapi masih dapat deposit haha ! Biasa la duk tergegeh nak pi mandi dekat swimming pool segala.
Kuih Keria Antarabangsa !
Sebab masuk Majalah 3 so kena la try ! Wuwuwu sedap sangat lepastu ramai sangatttt orang beratur. Lepastu semua orang beli banyak sampai 2-3 plastik besar ok tapi bila sampai giliran kami, em kak bagi 19 biji.
KAHKAH !
Lunch dekat Ee Ji Ban Chicken Rice Ball ! Sebab Hanis Zalikha selalu pergi so terus masuk list tempat makanan yang harus dicuba when in Melaka ! Sebab kami lapar jadi pada kami ianya sedap ! But overpriced sikit kot untuk medium size sambal udang. Takpa lah bukan selalu (pujuk diri sendiri)
Sebiji bebola nasi berharga 30 sen dan biasanya orang makan 5 ketul. Memang sedang elok 5 ketul tu rupanya, kenyang ! Nampak kecik comey je kan tapi bila dan makan dengan sup, sambal udang pulak, air lagi memang kenyang.
Mula-mula kami semua confuse weh nak order macam mana maklum la semua first time datang. Baca menu banyak kali pun masih tak tahu nak order apa dan macam mana hahaha ! So semua pilih roasted chicken, Diba sorang je acah healthy pilih steamed chicken.
Mango Float Royal ! Air mangga segar yang dikisar dan ditambah ketulan kiub mangga dan aiskrim vanila ! RM4 tanpa aiskrim dan RM5 untuk yang special (with ice cream)
Sedapnya T_T
Sempat lagi cari pes asam pedas dekat Medan Samudera.
Makan dekat Halia Inc ! Semua salah Pipah bawak pi tempat mahai sampai ke Kulim Nisa duk mengungkit.
Eii apa tah semua orang ni kengkonon fefeeling sejuk nyaman padahal panas gila lepastu semua hitam padan muka.
Apa benda tah tak puas hati dekat Nazifa..
Asalnya kami nak bergambar dekat the famous padang pasir Klebang but then it was closed ?!! WHY T_T
Semua orang ada tugas masing-masing sebenarnya dan saya ditugaskan untuk handle bahagian makanan. Tapi KFC dan Mc Donald di malam hari tu tak include ok tu semua perut masing-masing sebesar dinosaur. Ada orang handle bab kereta, penginapan, tempat yang nak dilawati, harga tiket so takda la terbeban sorang ja nak handle semua benda kan.
Ok bye kawan-kawan ! Saya harap dengan entry ini dapat memberi sedikit sebanyak info untuk awak yang nak bercuti ke Melaka :D